Hasni pemilihan
Hasni Mohammad

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mencipta kejutan apabila menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian dalam pemilihan parti pada semelam.

Timbalan Menteri Kewangan itu memperoleh 388 undi berbanding lawannya Datuk Seri Hasni Mohammad yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Pontian, yang hanya meraih 291 undi.

Seramai 690 perwakilan daripada 117 cawangan terbabit dalam proses pemilihan kali ini yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.

Kemenangan Ahli Parlimen Pontian itu menamatkan legasi Hasni yang memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian selama 22 tahun.

Pertembungan Ahmad dan Hasni sebelum ini mencuri tumpuan kerana kedua-duanya mempunyai pengalaman politik yang luas dalam UMNO.

Hasni yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut sebelum ini merupakan Pengerusi UMNO Johor dan Menteri Besar Johor.