Lahad Datu
Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) harus berusaha menyempurnakan janji  membiayai pendidikan tiga anak Allahyarham Asisten Superintendan Zulkifli Mamat yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu 10 tahun lalu.

Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, harapan dan janji yang diberikan oleh kepimpinan dan pengurusan MARA itu perlu disempurnakan,

“Saya telah meminta Ketua Pengarah MARA agar dapat segera menyemak dan ambil tindakan segera terhadap keluhan balu tragedi Lahad Datu yang mendakwa agensi seperti MARA pernah menjanjikan untuk membiayai pendidikan tiga anaknya 10 tahun dulu,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, balu Allahyarham, Nooraziah Noor, 38, mendakwa sebelum ini, ada pihak termasuk agensi kerajaan seperti MARA menjanjikan bantuan pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga ke pengajian tinggi kepada anaknya,

Namun, menurut beliau, ia tidak ditunaikan walaupun tragedi itu sudah hampir sedekad berlalu.

Nooraziah memberitahu, walaupun kehidupan mereka sekeluarga mencukupi namun masih mengharapkan janji tajaan pendidikan yang disuarakan oleh pihak tertentu.

Zulkifli dan Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud menjadi korban pertama tragedi di Lahad Datu pada 2013, selepas pertempuran antara pasukan keselamatan dengan kumpulan pengganas di Kampung Tanduo.

Ketika kejadian, dua anak Zulkifli dan Nooraziah masih kecil iaitu Norakmal Amiruddin yang pada masa itu berumur lima tahun serta Muhammad Aqil berusian setahun.

Anak ketiga mereka, Noor Aqib Syahid ketika itu masih berada dalam kandungan ibunya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast