KUALA LUMPUR – Pelawak, Ali Puteh meluahkan rasa terkejut selepas menerima notis mahkamah berhubung perintah sita kediaman arwah ibunya, Sabariah Arshad di Gombak.
Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, dia mendapat panggilan telefon daripada bapa saudara yang mengatakan rumah itu sudah mendapat perintah pihak mahkamah untuk disita.
“Jadi saya peliklah, ini harta arwah mak saya, kenapa pula dijadikan sebagai cagaran atau pun sita. Kes RM60,000 ini adalah antara saya dengan balu arwah abang saya,” katanya dalam temubual bersama Melodi TV3 semalam.
Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menambah, harta milik arwah ibunya dengan hutang RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd. Ali yang masih tertunggak adalah dua isu berbeza.
“Saya pelik, kenapa kaitkan harta arwah mak saya dan dicampur adukkan dalam kes saya dengan balu arwah abang sebanyak RM60,000 itu.
“Rumah tersebut adalah atas nama arwah mak saya, arwah bapa tiri saya. Bukannya nama saya. Mana hati budi seseorang? Saya ini ada anak kecil.
“Dengan surat bercop dari mahkamah, benda ini tak sepatutnya terjadi. Nak balas dendam kononnya ini hukum karma. Tak sebenarnya bukan, saya sudah tekankan kes ini berlainan,” katanya.
Berhubung ganti rugi RM60,000 itu, Ali mengaku belum melunaskan sebarang pembayaran kepada Norhidayah disebabkan pendapatannya yang tidak menentu.
“Ramai tanya RM60,000 itu sudah bayar ke belum. Memang belum buat bayaran sebab kes ini, pendapatan saya sudah tak macam dulu.
“Bukannya saya menolak untuk bayar RM60,000 itu, saya akan cuba bayar juga. Cuma saya tak boleh nak campak sekali gus sebab saya pun ada tanggungan, dengan kerjaya tak ada langsung. Mungkin kita cuba bayar secara ansuran,” luahnya.
Pada Disember lalu, Ali gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan dirinya membayar ganti rugi berjumlah RM60,000 kepada kakak iparnya kerana memfitnah dalam laman sosial Instagram, dua tahun lalu. – MalaysiaGazette
bila kita kena, baru kita tau tanya psl hati perut
itu baru hukum dunia Ali…dh menggelabah…ingat….ada lg hukuman lebih dahsat dari itu….
Sebab itu kamu kena serah saja hak anak Abam lebih awal tanpa perlu nak kawal harta anak yatim..
Sekarang kamu sudah kekurangan sumber pendapatan pun masih mahu tunjuk Ego..
Netizen sudah beritahu awal-awal tetapi kamu berlagak dan keras kepala.
Kifarah ko la tu Ali oiii yg tergamak nk makan harta anak yatim…
Itulah. Dia boleh ckp dia ada anak kecil tapi dia tak fikir pun yg anak arwah abg dia dgn kakak ipar dia bila dia buat org. Asyik nak putar belit cerita dan buat diri mcm mangsa padahal dia yg salah.
Setuju sgt. Usah bg alasan pelbagai.
nie nama nya karma tau.. ko buat org tak ingat dunia.. dia pun ada anak kecik tau masa kau fitnah dia dulu.. skrg kau pulak lh rasa apa yg dia rasa..
Sepatutnya harta anak yatim tak boleh diambil ini lah akibat nak sangat makan harta anak yatim itu baru allah nak uji kamu di dunia belum lagi akhirat .tolong minta nasihat daripada ustad yg berpengalaman dalam bidang agama
kau ni benda senang jadi susah sendiri cari penyakit…kakak ipar kau tu ok je kalau kau berbaik baik dgn dia..serah saja rumah arwah Abam tu kat dia Setel masalah ..nanti ckp elok dia boleh tarik balik semua saman Setel masalah..kau ego tinggi sgt walaupun terang² salah
Makan harta anak yatim mmg x berkat hidup..Allah SWT melaknat hamba2Nya yg makan harta anak yatim . Nauzubillah
kamu jer yg ada anak kecik? bekas kak ipar kamu pun ada anak kecik jugak…bayar jer la gantirugi sbb fitnah kak ipar kamu tu, dulu nak membolot sgat harta anak yatim..ni pun masih tak insaf…
org tak sedih sgt hal kamu yg selama ini duduk bersenang lenang d bawah bumbung hak org lain kali ini ko pulak yg kena bahananya sebab berdegil nak hak sama rata terhadap rumah arwah abam yg mana isterinya mempunyai seorg anak yg sudah kehilangan ayahnya jika ikut adat melayu kita ni kenalah beri kepada anak yatim dan ibunya yg kini belom mendapat apa2 bayaran keatas kemenangan mereka dlm kes mahkamah kedua pihak so kenalah give and take wallahualam…
Kifarah ko la tu Ali oiii yg tergamak nk makan harta anak yatim…
skrg baru nak sedih bagai..mase mula2 dulu ko lupe diri, ego, tamak. ape ko buat pd hidayah ? ko malukan die..amik hak die n anak. Korg halau die.. ckp bkn2 psl die, malukan die. btl x? kalo bkn sb pragai ko tu , xde nye hidayah sggup pegi court, amik lawyer bagai la. Igt free ke? die buat mcmtu nk tuntut hak & bersihkn name je. memg ni KARMA, sb pragai ko tu la buat hidup die sedih !!!! spatot korg skeluarga baik2 je..xperlu gadoh psl hrta ni..smua leh brtolak ansor. skrg ko yg mulakan…so hadap la. rase xmampu..ko pergi jupe hidayah mtk maaf !!
Bahaya buat fitnah sebab ia akan memakan diri sendiri
satu je nak cakap kat Ali Putih yang tak berapa pitih tu!PADAN MUKA!ITU MAKANNYA KALU BERMAIN DENGAN HUKUM ALLAH!HARTA ANAK YATIM,JANGAN BUAT HARTA SENDIRI
X fikir ker yg arwah abam Pon ada tinggal kn seorang anak kecil juga?? Ada ke fikir n ada ke belas kasihan pada balu n anak nya.. apooooo
manusia menjadi hilang pertimbangan dan penting diri jd tamak memakan harta anak yatim .maka celaka la org yg solat lalai dlm solatnya yg menghendik anak yatim dan memarahi fKir miskin
telajak perahu boleh berundur.. terlajak kata buruk padahmya.. itu pepatah org tua-tua.. bukan hanya kata-kata.. harap2 lepas ni semua org boleh amik iktibar dari apa yg berlaku.. tamak itu byk rugi dari keuntungan..
Mohon KWSP bayar sewa rumah kos rendah.
Ko fikir ko sorang jer ada anak kecil, balu aruah Abg ko xde anak kecil sewaktu Abg ko meninggal?? Rmh atas nama aruah mak & aruah bapa tiri ko bila dorang dah xde, akan pergi ke sape kalau bukan ko Ali oi. Ko ni dah la ba wau da ha, keras kepala pulak tu. Ko x serik ke akibat fitnah la ko kena bayar saman, ni masih nak fitnah lagi kakak ipar ko. Rmh aruah mak ko tu bila di jual, kalau ada balance ko akan dpt, lainlah kalau di jual bwh market value ataupun ngam ngam cukup RM60K. Kalau ngam ngam RM60K, mmg sesuai la nama ko Ali putih sbb ko terpaksa berputih mata. Berubah lah Ali, bertaubat & kembalikan hak anak sedara ko yg yatim tu
mana hati budi?? ko tanya Dayah mana hati budi ke tu??..hahahah…mana hati budi kau sekeluarga masa korg buat kat Dayah mcm². ALLAH dh tunjuk balasan pun lagi nk spin. Apa nk jadi la ko ni. Sendiri yg cari penyakit,pastu play victim. Dari awl baik² dgn balu tkde nye korg ssh. Duit byk² org bagi masa urus arwah abam tu mana? Takkan perabih dh kot? Dh jatuh terduduk tersungkur pun masihhh lagi nk keras kepala. Ha lantak..org gelak je ngn perangai ko tu.
apa dah jadi bro.anak aruah abang ko MCM anak ko sendiri x patut la KO nk buat dorg MCM ni.skarg apa dah jadi sendiri tanggung la..
Hukuman dunia Ali…..
btl la lagu ni:dulu lain,skrg lain, hadamkan la. bukan senang nak senang .bukan susah nk susah .
Ali oiii ikutlah arahan mahkamah hingga selesai, kau ada anak pergilah cari kerja jangan malas.
Bayar hutang Saman tu dan Rumah disita tu… ikut arahan mahkamah.
Kakak ipar kau pun ada anak dan kena PATUH dengan arahan MAHKAMAH seperti kau suruh.
Jangan “MURUNG” Ali oiii…
Belajar selesaikan “Dua” perkara berbeza itu dan bayarlah khidmat peguam yang “top” untuk membuktikan “kesucian” kau dihadapan masyarakat.
Anak bini kau tak malu ke atas perbuatan kau? dan papar MUKA dikhalayak ramai? camner anak kau kat sekolah nanti?
saudara mara kau mesti sokong kau kan kan kan ha raya nanti pergilah ziarah saudara mara bini kau..
ini lah dnamakan manusia tamak,harta peninggalan Arwah Abam untuk digunakan anak isteri Arwah bukan untuk kesenagan kita,Ini dnamakan tidak jujur dan amanah.Cuba buka ayat2 Alquran sudah terang2 djelaskan hukum2nya
karma is real,
ni lah 1 feel yg kne buang jauh2..puok2 syed ni..kalu bulih nk cari jodoh dgn syarifah jugak2..le ni hidayah..melayu ori..ali tknak..sebolih2 nya harta2 arwah abam ni jgn skali2 trlepas pd hidayah..sanggup tolak hukum Allah Taala demi keturunan yg spatutnya ali ni kne rujuk mse musim haji atau di mashar nti..kitasama..kita serupa..takde bangsa keturunan..hanya amalan dikira Allah Taala..
Tamak sngat kn da mendapat
itulah bodohnya manusia…org yg dh mati atau meninggal dunia mana boleh ada harta lagi dah…yg ada tu adalah milik waris yg hidup…ali ingat mahkamah bodoh dn cuba nk bodohkan org lain yg dayah zalim…bodoh betul dn cuba meraih simpati
dia jadi pelik dan hairan kerana tak paham undang2. bila ingkar kepada perintah mahkamah tindakan tersebut dilakukan untuk memastikan hutang tersebut dibayar. dia sebagai waris keatas peninggalan harta rumah ibu nya. nilai diatas rumah tersebut mencukupi untuk bayaran tuntutan sebanyak 60 k.setakat keluar ayat job tak menentu dan ada duut nanti akan bayar tu istilah sembang kari je.kesimpulan nya kalau di awal awal lagi dahulu dia tak memandai2 nak pertahankan harta milik aruah abam atas alasan hak maknya pun ada keatas rumah tersebut perkara sebegini tak kan terjadi. itu lah nama yg di katakan istilah karma tu.