TOKYO — Memandangkan harga pengguna terus meningkat, penduduk di Jepun paling bimbang dengan peningkatan kos elektrik, menurut tinjauan terbaharu akhbar Jepun Mainichi Shimbun
Seramai 23 peratus daripada 500 responden memberi jawapan kebimbangan tentang harga elektrik.
Tinjauan pendapat selama dua hari pada 18 dan 19 Mac dijalankan menerusi telefon bimbit di seluruh negara.
Sebanyak 16 peratus lagi responden berkata bimbang dengan harga makanan, barangan runcit dan seumpamanya.
Kebimbangan harga telur berada pada tempat ketiga dengan 10 peratus, diikuti petrol dan bahan api 6 peratus.
Kos penjanaan elektrik yang meningkat akibat krisis Ukraine dan yen yang lemah telah menaikkan bil tenaga dan nampaknya menjadi beban kepada sebilangan besar penduduk, lapor akhbar itu.
Sementara itu, harga telur melambung tinggi di Jepun kerana musim selesema burung yang menyaksikan bilangan rekod burung yang dimusnahkan.
Pada tinjauan pendapat yang sama April lalu, hanya seorang responden yang menyatakan kenaikan harga telur telah menjejaskan perbelanjaan. – Agensi