SEOUL – Korea Utara berkata, ia telah melakukan ujian dron bawah air yang boleh melepaskan “tsunami radioaktif”.
“Senjata rahsia” itu diletakkan di perairan wilayah Hamgyong Selatan pada hari Selasa, kata agensi berita KCNA.
Ia berlayar selama lebih 59 jam pada kedalaman 80 hingga 150 meter dan diletupkan di luar pantai timurnya.
Digelar “Haeil”, bahasa Korea untuk tsunami, senjata Korea Utara direka untuk menyerang kapal dan pelabuhan musuh dengan mencetuskan gelombang radioaktif “skala super”, kata KCNA.
“Don serangan bawah air nuklear ini boleh digunakan di mana-mana pantai dan pelabuhan atau ditarik oleh kapal permukaan untuk operasi,” menurut laporan agensi berita Pyongyang itu.
Tetapi penganalisis menggesa berhati-hati terhadap dakwaan Korea Utara mengenai keupayaan senjata baharu itu.
Ketegangan di Semenanjung Korea semakin memuncak, ketika Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan memuktamadkan latihan lapangan bersama terbesar dalam tempoh lima tahun pada hari Rabu.
Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeolpada hari Jumaat berkata, beliau akan “memastikan Korea Utara membayar harga untuk provokasi melulunya”.
Senjata terbaharu Korea Utara itu didakwa meniru torpedo Presiden Rusia yang dikatakan mampu mencetuskan gelombang laut radioaktif dan tsunami nuklear dan memusnahkan bandar-bandar pesisir di AS. – Agensi