Pemandu Myvi yang patah kaki akibat nahas di Templer Park, Rawang terpaksa diberi bantuan oleh anggota bomba dan penyelamat. Ihsan Bomba Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lelaki parah selepas kereta Myvi yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh di belakang sebuah lori tanah dalam nahas jalan raya awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor Morni Mamat berkata, kejadian berlaku di Jalan Templer, Gombak.

Katanya, bilik gerakan menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan tentang kejadian kemalangan tersebut pada jam lebih kurang 12.54 pagi tadi.

Menurut, semasa kejadian, mangsa, 22, sedang menghala ke Rawang sebelum kenderaannya dipercayai hilang kawalan lalu merempuh di belakang lori di laluan yang sama.

Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa tersepit di bahagian pemandu sebelum anggota bomba menggunakan peralatan khas dan mengambil masa sekitar 15 minit sebelum berjaya mengeluarkan mangsa.

“Mangsa patah kaki kiri dan telah dihantar ke Hospital Selayang menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya. – MalaysiaGazete