PARIS – Lawatan negara Raja Charles III ke Perancis telah ditangguhkan selepas permintaan dibuat oleh oleh Presiden Emmanuel Macron, kata Downing Street.
Presiden berkata, adalah “tidak masuk akal” untuk meneruskan lawatan negara selepas kesatuan sekerja terus melakukan protes besar-besaran semasa kunjungan diraja itu berlangsung.
Raja Charles III dijadualkan memulakan perjalanan ke Paris dan Bordeaux pada hari Ahad.
Tetapi kedua-dua bandar terperangkap dalam keganasan pada hari Khamis -antara yang paling teruk sejak demonstrasi bermula sejak bulan Januari lalu.
Istana Buckingham berkata, keputusan untuk menangguhkan lawatan tiga hari oleh Charles III dan Permaisuri Camilla, disebabkan “situasi di Perancis”.
“Baginda amat menantikan peluang untuk melawat Perancis sebaik sahaja tarikh dapat ditemui,” tambah kenyataan itu.
Presiden Macron berkata apabila kesatuan mengumumkan untuk meneruskan hari protes ke-10 pada hari Selasa, dua hari selepas lawatan negara, beliau merasakan adalah tidak sesuai untuk Raja dan Camilla datang ke negara ini.
“Memandangkan kami mempunyai persahabatan, rasa hormat dan penghormatan yang tinggi terhadap Raja dan Permaisuri serta rakyat British, saya mengambil inisiatif pagi ini untuk menghubungi (Raja) dan menerangkan keadaan… oleh itu kami mencadangkan penangguhan,” katanya.
Kerajaan United Kongdom menyifatkan keputusan yang telah “diambil dengan persetujuan semua pihak”.
Macron berkata, Perancis telah mencadangkan perjalanan itu dipindahkan ke awal musim panas, “apabila keadaan kembali tenang”. – Agensi