KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui pasukan peguamnya akan menghantar bagi memohon pengguguran kes pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion membabitkan dirinya dan bekas Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah.
Hari ini Mahkamah Tinggi di sini dimaklumkan Mohd Irwan telah menghantar representasinya kepada Jabatan Peguam Negara dan pihaknya telah memohon untuk penangguhan perbicaraan sementara meneliti permohonan tersebut sebelum diputuskan gugur atau sebaliknya.
Peguam utama yang mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kemudian pihaknya juga akan menghantar representasi baharu bagi memohon pertuduhan-pertuduhan terhadap Najib digugurkan memandangkan terdapat perkembangan terbaharu.
Menurut beliau, terdapat perbincangan antara kerajaan Malaysia dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) membabitkan dana yang menjadi subjek utama pertuduhan.
“Ada perkembangan susulan baharu dalam kes ini yang menyaksikan kerajaan baru-baru ini menyelesaikan pertikaian undang-undangnya dengan IPIC ini.
“Jumlah penyelesaian itu juga berkaitan dengan kes yang sedang dihadapi oleh anak guam kami, oleh itu, kami telah minta mahkamah untuk lapangkan tarikh untuk bulan ini dan bulan depan,” katanya.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi menangguhkan perbicaraan membabitkan Najib dan Mohd Irwan selepas Peguam Negara tampil memohon penangguhan tersebut sejurus selepas adanya satu ‘perkembangan baharu’ yang tidak diperincikan ketika ini dalam mahkamah.
Bagaimanapun difahamkan ketika ini, Peguam Negara sedang meneliti surat representasi yang telah dikemukakan oleh Mohd Irwan yang merupakan bekas bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan ketika era Najib menjadi Perdana Menteri.
Dalam prosiding pagi ini, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi memohon supaya perbicaraan ini dapat ditangguh ke tarikh lain.
Ini merupakan kes pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion berkaitan bayaran kepada IPIC sepatutnya mula dibicarakan hari ini di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.
Najib dan Mohd Irwan didakwa pada 24 Oktober 2018 dan masing-masing mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah pecah amanah tersebut.
Sebelum ini juga, kedua-dua tertuduh pernah memohon memohon perintah melepas tanpa membebaskan (DNAA) daripada mahkamah atas alasan perbicaraan tidak pernah dimulakan.
Namun Muhammad Jamil menolak permohonan itu dengan berkata pihak pendakwaan bersedia untuk perbicaraan. -MalaysiaGazette