Syed Ibrahim Syed Ahmad

KUANTAN – Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) akan mengagihkan dividen berjumlah RM2.68 juta kepada warga e-kasih yang terpilih di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, pengagihan dividen itu akan dilaksanakan pada bulan Ramadan ini.

“Dianggarkan seramai 336 penduduk miskin tegar dan luar bandar yang susah dari seluruh daerah di Pahang bakal menerima sumbangan ini.

“Mereka (penerima) ini akan dirujuk kepada senarai kumpulan fokus yang didaftar oleh Pejabat Daerah dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang (SDO).

“Majlis tersebut akan disempurnakan sendiri oleh  Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kerdau itu, usaha berkongsi rezeki bersama golongan memerlukan digalakkan bagi mengurangkan beban kepada mereka yang kurang berkemampuan, lebih-lebih lagi pada bulan puasa ini.

“Usaha semurni ini sememangnya amat digalakkan pada bila-bila masa oleh mana-mana badan koprat serta syarikat perniagaan.

“Ini bertujuan bagi meringankan beban sara hidup disamping berkongsi kegembiraan pada bulan mulia serta meyambut Aidilfitri yang bakal kunjung tiba,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast