Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Aidilfitri 2023 kepada 2,711 imam, bilal termasuk siak masjid di seluruh negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, “seramai 980 orang imam masjid akan menerima RM300 setiap seorang dengan jumlah peruntukan RM294,000.

Sebanyak 877 bilal pula akan menerima RM200 setiap seorang,  melibatkan peruntukan RM175,400.

Manakala 854 siak masjid pula akan menerima RM200 setiap seorang dengan jumlah peruntukan RM170,800.

Menerusi kenyataan hari ini, Wan Rosdy berkata, bantuan tambahan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM640,200.

Bantuan terbaharu ini menjadikan enam kategori penerima bantuan khas Aidilfitri 2023 diumumkan oleh Kerajaan Negeri Pahang.

“Bagi keenam-enam kategori ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM13,597,100 yang memberi manfaat kepada 25,684 orang penerima.

“Saya berharap menerusi bantuan khas ini dapat mengurangkan beban penerima terutamanya dalam membuat persiapan menjelang perayaan Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata, bantuan kepada golongan sasar ini dibuat berdasarkan kepada keupayaan kewangan Kerajaan nNegeri Pahang. – MalaysiaGazette