KUALA LUMPUR – Berita gembira buat buat penonton setia stesen TV AlHijrah apabila mereka berpeluang pulang ke kampung secara percuma sempena hari raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Inisiatif menyediakan pengangkutan bas secara percuma anjuran stesen itu sempena program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memudahkan urusan sebilangan rakyat untuk pulang beraya.
Ia akan melalui rangkaian jalan raya di utara, selatan dan timur iaitu Perlis, Johor, Kelantan dan Terengganu untuk balik kampung.
Empat buah bas milik Mara Liner Sdn Bhd yang bekerjasama dengan TV AlHijrah akan membawa 180 penonton setia pulang beraya ke kampung secara percuma pada Hari Raya Aidilfitri nanti.
Ketua Pegawai Eksekutif TV Al Hijrah, Namanzee Harris berkata, perjalanan pertama AlHijrah On The Bus akan berlepas pada 14 April ini ke Perlis, Johor, Kelantan dan Terengganu.
“Bagaimanapun kami belum memutuskan apa pengisian untuk penumpang bas sepanjang perjalanan mungkin taranum dan sebagainya.
“Namun kami berharap ada selebriti atau pempengaruh yang ikut sekali bersama yang bmemperkenalkan jenama Alhijrah On Bus di pelosok kampung.
“Justeru, siapa yang hendak balik kampung secara percuam, hantar komen kepada AlHijrah dan kita akan temubual sikit untuk melihat status kehidupannya kerana fokus kami adalah mereka yang tidak berkemampuan, ” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Majlis Pelancaran Kempen Ramadan 1444H TV AlHijrah bertemakan kempen Imarahkan Ramadan #EratkanJalinan di Zebra Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Turut dilancarkan program CSR, Skuad Bubur Lambuk TV AlHijrah menggunakan khidmat 15 penunggang motosikal yang akan buat edaran sebanyak seribu bungkusan bubur lambuk di lima lokasi tumpuan ramai Kuala Lumpur dan Selangor.
Antara lokasi dikenalpasti adalah Hospital Besar Kuala Lumpur, stesen LRT, UiTM Shah Alam, stesen bas Kajang dan Masjid Usman Zaid.
Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan 17 rancangan baharu dan istimewa genre dokumentari, bual bicara, masakan, kerohanian, drama, telefilem, hiburan Islamik dan filem.
Keseluruhan 29 jam penerbitan diperuntukkan untuk Ramadan antaranya adalah Peristiwa Ramadan, Rehlah Roh Haramain, Khatam al Quran Perdana, Cinta Ilmu Istimewa Ramadan, Cinta Ilmu Qiam, Kerusi Lipat, Ihya Ramadan, Camca Ramadan, Camca Viral, Assalamualaikum Sahur, Sembang Moreh dan Matahati Madani. – MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast