Pemandu teksi, Noorazlan Ismail yang berjalan kaki dari Skudai, Johor Bahru selepas sesi serahan memorandum tuntutan rakyat berkaitan pengeluaran KWSP bersasar kepada YDP Agong di Pintu 3 Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 APRIL 2023.

KUALA LUMPUR – Datuk Wan Saiful Wan Jan menafikan menyusun gerakan tuntutan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar termasuk misi berjalan kaki oleh Norazlan Ismail dari Johor ke Istana Negara, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Tasik Gelugor itu mendakwa, Norazlan berusaha berjalan kaki atas rancangan sendiri dan bukan perancangan sesiapa atau Perikatan Nasional (PN).

Namun, jelasnya, selepas pertemuan di Istana Negara, ada pihak yang mula tampil dengan strategi pembunuhan karekter.

“Ini adalah trademark kelompok Mahazalim 2.0. Sasaran mereka ialah musuh-musuh politik dan kaum keluarga musuh mereka.

“Tetapi sekarang nampaknya kerakusan kelompok ini tidak terhad kepada orang politik sahaja tetapi juga rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau mendakwa, terbaharu pihak-pihak ini cuba membunuh karakter Norazlan.

“Kononnya pergerakan Norazlan bukan perjuangan rakyat, sebaliknya disusun oleh saya dan PN.

“Habis segala platform media, cybertroopers dan penulis pro PH-UMNO dipergunakan untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap Norazlan,” katanya lagi.

Jelas Wan Saiful, agenda pengeluaran #KWSPbersasar bukan agenda kepartian sebaliknya menjaga kebajikan dan prihatin rakyat.

“Dalam isu Norazlan, yang silapnya ialah PH-UMNO. Apabila Norazlan umum dia mula berjalan, PH-UMNO terus bongkak dan tidak menghiraukan dia.

“Kalau awal-awal PH-UMNO sahut tuntutan rakyat ini, sudah pasti hari ini mereka tak perlu bunuh karakter Norazlan untuk damage control,” ujarnya.

Jelasnya lagi, hanya PN yang mendokong agenda prihatin rakyat.

“Sedangkan PH-UMNO hanya tahu bersemayam di kayangan yang mewah dan detached dari kesusahan rakyat.

“Berhentilah daripada membunuh karakter Norazlan. Dia adalah pejuang rakyat yang tiada kepentingan peribadi atau politik.

“Takkanlah strategi pembunuhan karakter ini mereka nak gunakan terhadap orang politik sehingga ke peringkat rakyat marhaen?” katanya.

Tambahnya lagi, sikap sebegitu memberi gambaran bahawa PH-UMNO seperti terdesak untuk menghapuskan kritikan sehingga rakyat marhaen diperlakukan sebegini.

“Pendokong PH-UMNO jangan hina rakyat biasa. Turunlah daripada alam kayangan dan selami nasib rakyat marhaen.

“Jangan hanya fikir keselamatan dan kepentingan diri saja,” katanya lagi.

Wan Saiful turut berkata, rakyat sudah tahu mana yang baik, mana yang buruk dan Norazlan adalah salah satu mata rantai dalam rantaian perjuangan rakyat yang mahukan kehidupan lebih baik.

Terdahulu, tersebar di media sosial mengenai episod berjalan kaki Norazlan adalah disebabkan strategi yang dibuat oleh PN. – Malaysia Gazette.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Tidak ada yang mahu bunuh karektor Azlan,tapi dia adalah mangsa bahan kebangsatan PN,..
    TAK PERLU POLEMIK BAGAI JIKA MAHU SERAH MEMO PADA YDPA UNTUK PENGELUARAN KWSP,..AKU JUGA ANTARA ORG YG MAHU KWSP,TAPI AKU BUKAN SEBARANG BOLEH DI TUNGGANG ORG POLITIK.
    Kebodohan yang cuba membodoh n membongakkan rakyat,
    Lihat saja SUBSIDI MINYAK di SELEWENG anak bekas menteri politik PN,bayangkan rakyat di kurung,tapi anak beranak kayakan keluarga.
    Mudahnya rakyat PN di bodohkan pemimpin mereka,paling kasihan,pengundi 18tahun,enjoy sekejap,lepas tu merana lagi 5 tahun,.Dan PRU nanti,ulang lagi…

  2. Datuk Wan Saiful Wan Jan menafikan menyusun gerakan tuntutan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar termasuk misi berjalan kaki oleh Norazlan Ismail dari Johor ke Istana Negara, baru-baru ini.
    maaf datuk,copy petikan ni…kenapa mereka menuduh ada gerakan atau komploton dari PN,sebab sebelum mereka jadi kerajaan mereka yg buat mcm 2,kalau rakyat malaysia masih ingat,siapa atau parti apa yg selalu mngajak buat rusuhan,demonstrasi kt jalan dan dijanjikn ada imbuhan untuk sesiapa yg datang…
    pikir la sendiri siapa

  3. Norazlan ni kenapa Welanon Welanon tidak menyukai tindakannya memohon YDPA membantu rakyat susah?
    rakyat nak duit KWSP mereka bukan nak duit poket Welanon Welanon yang mewah dalam KUASA tu….
    MG perlu buat temuramah dan Komen rakyat berkaitan USAHA Norazlan ini secara solo.

    • Hang nk tolong ka depa ni nanti dh jadi tua2 bangka kantung tinggai berbaki dua tiga hinggit. Bila nk masuk musim prn ni masing2 pakat nk jadi pejuwang marhain manala tau jd calon. Abis prn pakat2 masuk gua balik. Pas tu keluar gua balik bila ada pru/prn/prk. Lemah!

Comments are closed.