Mohd Hafiz menunjukkan antara lebih 50 hidangan yang ditawarkan pada Bufet Perdana Bintang Katering pada harga RM15 lebih murah tahun ini berbanding tahun lalu.

MELAKA – Lazimnya, harga bufet Ramadan akan terus meningkat saban tahun, namun lain dilakukan sebuah syarikat penyediaan makanan apabila menawarkan harga lebih rendah berbanding tahun lalu.

Semuanya kerana niat ingin bersedekah sambil berniaga di samping mahu memastikan lebih ramai umat Islam khususnya kumpulan B40 mampu menikmati hidangan berbuka puasa pada harga serendah RM39.90 dengan pilihan lebih 50 menu.

Pengurus Operasi Bintang Katering, Mohd Hafiz Mustapa berkata, harga ditawarkan pada Bufet Perdana tahun ini lebih murah, iaitu kurang RM15 berbanding tahun lalu RM55 tanpa mengetepikan kualiti menu dihidangkan.

“Ini juga selari dengan hasrat kerajaan yang memperkenalkan menu kasih sayang, Menu Rahmah dan kami berusaha berikan harga serendah mungkin walaupun berdepan kenaikan kos.

“Niat kita juga adalah mahu mengambil keberkatan Ramadan berniaga sambil bersedekah dan sekali gus membolehkan lebih ramai umat Islam terutamanya kumpulan B40 mampu menikmati bufet Ramadan tanpa terlalu membebankan mereka,” katanya ketika ditemui, di sini.

Kambing golek antara menu utama berbuka puasa yang sentiasa mendapat sambutan

Menurutnya, antara hidangan utama masakan kampung yang ditawarkan pada Bufet Perdana sehingga 19 April ini adalah kambing golek, daging kurma, ikan keli masak lemak, ayam kerutub, bubur lambuk, selain aneka manisan mi dan sup.

Tambahnya harga ditawarkan adalah RM39.90 untuk setiap dewasa, manakala RM25.90 untuk setiap kanak-kanak atau warga emas dengan kapasiti ruang makan yang santai dan selesa termasuk mempunyai ruang pendingin hawa.

Untuk sebarang tempahan Bufet Perdana Bintang Katering boleh hubungi talian 014-2341558 dan 0172244375 atau terus datang ke The Balairong Pokok Mangga, Plaza Pandan Perdana. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast