Joko Widodo. foto Jakarta Post

JAKARTA – Indonesia akan mengimport 2 juta tan beras menjelang akhir tahun ini bagi menangani kemarau yang akan berlaku akibat El Nino,

Presiden Indonesia Joko Widodo berkata, import beras bertujuan untuk menyimpan stok Badan Logistik Negeri dan menstabilkan harga domestik kerana El Nino akan menyebabkan kemarau berpanjangan dan menjejaskan pengeluaran beras negara.

Sementara itu, Xinhua memetik Ketua Agensi Makanan Negara, Arief Prasetyo sebagai berkata, import beras kumpulan pertama akan mencecah sehingga 500,000 tan dan dihantar secepat mungkin.

Hasil tuaian padi dari Mac hingga Mei menjadi keutamaan (untuk bekalan beras), tambah Prasetyo, namun ia tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk lebih 270 juta.

Indonesia mengimport kira-kira 400,000 tan beras pada 2021 dan 320,000 tan pada 2022. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast