Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Kekejaman Israel ke atas bumi Palestin perlu dihentikan segera, demikian menurut bekas perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, sebagai solidariti terhadap apa yang berlaku, beliau berharap masjid dan surau di seluruh negara dapat bersama-sama menunaikan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin.

“Kita mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel di bumi Palestin dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

“Tindakan kejam ini tidak seharusnya berlaku ketika umat Islam seluruh dunia sedang menjalankan ibadah puasa,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Ismail Sabri yang juga merupakan ahli Parlimen Bera turut menyeru agar seluruh negara memainkan peranan terutamanya pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“PBB perlu menoktahkan kekejaman Israel terhadap Palestin khususnya setiap kali Ramadan.

“Harapan saya agar di bulan yang mulia ini, keamanan dan kedamaian akan terus terpelihara di bumi Palestin. Insya-ALLAH,” katanya.

Terdahulu, bumi Palestin diserang semula malam tadi. Antara kawasan yang diserang adalah Masjid Qibli.

Serangan dilakukan ketika ramai umat Islam sedang beriktikaf dan bersolat. – Malaysia Gazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast