Anwar Ibrahim (kiri) dan Mahathir Mohamad. foto SYAFIQ AMBAK, 23 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran memberikan bukti terhadap dakwaan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah membolot hasil kekayaan untuk diri dan keluarga beliau sepanjang berkhidmat sebagai Perdana Menteri.

Bekas Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Anwar sebagai Perdana Menteri tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak mahu bergaduh dengan Dr Mahathir yang memberi gambaran seolah-olah Dr Mahathir pula yang cari pasal dengannya.

“Dalam isu ini, Perdana Menteri tidak perlu bercakap banyak tetapi harus ‘response’ pada tuntutan undang-undang yang dikemukakan Dr Mahathir cukuplah,” katanya dalam kenyataan.

Pada 28 Mac lalu, Dr Mahathir memberi tempoh selama tujuh hari kepada  Anwar untuk  menarik balik tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya.

Ia berikutan dengan ucapan Perdana Menteri itu ketika Kongres Nasional Khas PKR 2023 yang berlangsung pada 18 Mac lepas.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar itu berbaur fitnah dan beliau perlu menunjukkan bukti sekiranya tuduhan itu benar-benar berlaku,” kata bekas Perdana Menteri itu.

Bagaimanapun, pada 4 April lalu, Anwar memohon masa untuk menjawab surat tuntutan (LOD) Dr Mahathir.

SEmalam, semasa sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Anwar menyatakan beliau tidak berniat untuk bertelagah dengan bekas Perdana Menteri itu sambil mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mendedahkan tentang kekayaan dimiliki Dr Mahathir dan keluarganya.

Bekas Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan

Kharuddin berpendapat apabila peguam Anwar meminta penangguhan bagi menjawab tuntutan undang-undang Dr Mahathir, ia menggambarkan dakwaan dibuat Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tiada asas kebenaran.

“Takkan kini Anwar baru hendak kumpul bukti-bukti kot? Yang saya sedari sejak tahun 1998 Anwar sudah mula menuduh serta mentohmah Dr Mahathir kononnya beliau mempunyai pelbagai bukti-bukti sahih.

“Keluarkan saja bukti-bukti yang sepatutnya sudah sedia ada untuk tatapan keseluruhan rakyat Malaysia kenapa hendak tunda pula?,” ujarnya

Bagi Khairuddin, apabila seseorang membuat tuduhan dia perlu menyediakan bukti terlebih dahulu kerana secara lazim amalan tersebut akan berakhir dengan saluran undang-undang.

Tambahnya, sebagai Perdana Menteri, Anwar harus bertanggungjawab terhadap segala tuduhan yang dilembarkan kepada Dr. Mahathir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Udah2 la din sardin.. ingat masih dlm gua sejak ditolak pengundi pru15.. ni nk prk muncul balik. aduhai masih tak serik ka?

  2. Kena cari balik paper tahun 1999. Ada senarai kroni2 Menteri Kewangan masa tu. Kalau tak silap, abah, abg hatta nama timbalan PM pun ada sekali antara pelaku kronisme dan nepotisme besar. Cuma nama Tun M ada tak dlm senarai tu..

Comments are closed.