KUALA LUMPUR – “Mengapa seorang Ahli Parlimen kerajaan secara terbuka melemparkan tuduhan palsu terhadap menteri kerajaannya sendiri? Adakah ia menambah persepsi kepada kestabilan kerajaan sekarang?”
Itu pertanyaan bekas Ahli Parlimen selama enam penggal, Tan Sri Shahrir Abdul Samad kepada Ahli Parlimen Selayang, William Leong.
Ini selepas William secara terbuka mengkritik keputusan Menteri Undang-Undang Datuk Seri Azalina Othman Said yang mengesahkan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan ke atas Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Shahrir bertegas, Azalina tidak melakukan sebarang kesalahan kerana beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Tenggara (BN) Manndzri Nasib dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor (PN), Datuk Wan Saiful Wan Jan di Dewan Rakyat.
Jawapan Azalina kepada peguam mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak juga hanya untuk mengesahkan apa yang beliau katakan di Parlimen.
“Sebagai Menteri Undang-undang, sepatutnya dia tidak menjawab kepada firma guaman yang berdaftar dengan sewajarnya dan sepatutnya mengabaikan surat mereka?
“Jawapan beliau di Parlimen sebelum tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan pada 24 Februari 2023 bahawa SPRM dan Peguam Negara (AG) mesti mengikut protokol untuk mendapatkan kebenaran daripada Ketua Hakim Negara sebelum menyiasat atau mendakwa hakim yang sedang bersidang.
“Jadi, bagaimana Azalina boleh menghina keputusan yang belum berlaku? Oleh itu tuduhan William Leong bahawa Azalina telah melakukan penghinaan tidak ada faedahnya,” kata Shahrir.
Shahrir juga berkata, SPRM tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung siasatan ke atas Mohd. Nazlan.
SPRM telah menyelesaikan penyiasatan dan menghantar syor serta laporan mereka kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 20 Februari 2023 sebelum penghakiman Mahkamah Persekutuan.
“Semasa menjalankan siasatan SPRM, agensi itu telah menemui pelbagai percanggahan dan kebimbangan. Patutkah SPRM hanya berdiam diri mengenainya dan tidak melaporkannya kepada sesiapa?
“Surat dan laporan yang dilampirkan yang dihantar oleh SPRM kepada Ketua Hakim Negara telah dibocorkan kira-kira seminggu lebih awal.
“Sehingga kini, Ketua Hakim Negara mahupun SPRM tidak mengesahkan atau menafikan kesahihan laporan itu,” kata Shahrir.
William dalam surat terbuka yang disiarkan beberapa portal berkata, Azalina bertindak tidak adil dalam menulis surat jawapannya bertarikh 20 Mac 2023 kepada peguam cara Datuk Seri Najib Razak, Shafee & Co.
Katanya, surat menteri itu ditulis pada 20 Mac 2023 selepas Mahkamah Persekutuan menyampaikan penghakimannya pada 24 Februari 2023 bahawa siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan adalah tidak berperlembagaan, menyalahi undang-undang dan menjejaskan kebebasan badan kehakiman.
“Surat menteri itu sama dengan penghinaan mahkamah. Ia sama sekali tidak mengendahkan, dan tidak menghormati penghakiman Mahkamah Persekutuan.
“Ia merupakan satu cabaran besar terhadap penghakiman Mahkamah Persekutuan dengan cuba menghidupkan semula laporan SPRM selepas Mahkamah Persekutuan sudah menyatakan bahawa siasatan SPRM tidak tulen, tidak dibuat dengan niat baik dan dilakukan untuk tujuan cagaran untuk membantu Najib Tun Razak dalam rayuan SRCnya,” kata William. – MalaysiaGazette
Fikiran bengap ni seharusnya Shahrir Samad dah lupuskan, teguran itu perlu walau “sekelambu” secara Telus bukan main bisik-bisik atau kenyit mata sama sendiri. Suatu perkara yang telah ke pengetahuan awam harus juga diketahui secara awam.
Shahrir ni merupakan object yang diperkatakan Rafizi Ramli bahawa manusia yang tidak “memahami” peraturan dan menafsir secara emosi. Rafizi Ramli kata elok membaca untuk belajar… kan kan kan kan
Welanon tetap Welanon
bengap lagi si rafizi dengan puak2 PH yang menabur fitnah sana sini yang akhirnya sudah semakin nampak akan kebodohan yang menabur fitnah dan yang mempercayai fitnah. mana perginya manusia2 yang menabur fitnah kononnya DSN menjual negara kepada China. PH dan kebodohan berpisah tiada, fitnah jd makanan org2 PH. moga puak dan pentaksub PH dilaknat sebab memporak perandakan negara dengan fitnah dan tohmahan.
Boss terbaru UMNO BN berpisah tiada dengan DAP ANWAR…
President PAU umum…
NO… ANWAR = umNo + Anwar
NO… DAP = umNO + DAP
untuk pencerahan contoh;
Seladang mengawan dengan Lembu hasil hubungan itu = SELEMBU
Lembu mengawan dengan Kambing hasil hubungan itu = LEMBING
jadi rakyat dah tahu apa maknanya..
Hang panas pasai pa? Hang pi tegur mp ni agar bg pandangan ikut saluran yg sesuai.. ni punya mp masih berangan2 sbg pembangkang.. mentaliti masih berselut minda pembangkang walau kini sebahagian kerajaan.
Kata Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi MADANI..
Parliament adalah tempat paling sesuai…
MP kerajaan yang masih bersikap mentality pembangkang tu maknanya adalah PERSEDIAAN kelak
Kalau William Leong tu rasa Azalina tak kompeten, dia boleh tubuhkan kerajaan dgn Hj Hadi dan Muhyidin…anytime UMNO BN boleh tarik diri dari kerajaan..lepas tu boleh lantik Nazlan sbg Peguam Negara dan Ambiga sbg KP SPRM…bangang tak sedar diri…