KUALA LUMPUR – Restoran makanan laut syarikat pemaju hartanah terkenal Kumpulan JL99, Seafood 99 terus menjadi perhatian termasuk ketika bulan Ramadan.

Menu itu lebih kepada kumpulan lima sehingga 10 atau lebih pelanggan agar dapat menikmati pelbagai jenis hidangan laut termasuk udang karang, ketam, sotong dengan harga bermula RM299.

Turut dihidangkan buah kurma, pencuci mulut serta juga hidangan lain sejak 1 Ramadan lepas sehingga 21 April ini.

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan JL99, Datuk Seri Jeff Lee berkata, beliau memulakan inisiatif menu Ramadan selepas menerima idea daripada pelanggannya.

Malah restoran Seafood 99 yang sudah beroperasi sejak lebih setahun itu sememangnya amat digemari termasuk muslim.

Jelas Jeff Lee, ketika beliau membuka restoran, dirinya fokus dan mengambilkira keadaan ekonomi negara dan masyarakat dan bukanlah keuntungan semata-mata.

“Jika anda lihat, saya bersama JL99 Group membuka restoran ketika negara sedang dilanda pandemik. Malah kami sendiri sentiasa aktif dan tampil dalam melakukan pelbagai program kemasyarakatan dengan penduduk setempat ketika lagi-lagi ketika ramai hilang punca pendapatan.

“Walaupun kerja-kerja itu berhenti sekejap ketika ini namun ada cara lain untuk kami kembalikan kepada masyarakat melalui restoran ini.

“Kita juga buka restoran makanan laut ini dengan konsep muslim friendly kerana semua orang boleh makan. Selalunya ramai suka makan cara masakan kaum tertentu namun kerana ada sedikit kegusaran seperti tanda halal. Restoran ini boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja tanpa was-was,” katanya lagi.

Antara set Menu Ramadan untuk yang hendak berbuka puasa oleh Seafood 99.

Jelasnya, Ramadan juga banyak memberikan peluang kepada masyarakat setempat untuk merasa makanan laut yang premium dan sedap yang boleh dimakan bersama keluarga masing-masing.

“Dari ketam pedas manis dan masam hingga udang, ikan, lala, tiram, kekapis juga ada ayam goreng istimewa dengan setiap hidangan dimasak sempurna.

”Anda boleh mengambil dan memilih makanan laut kegemaran dari akuarium untuk dimasak mengikut citarasa pilihan sendiri, seperti telur masin, sweet & sour, butter creamy, sambal belacan, sos Thai, kari dan sebagainya.

“Selain menu Ramadan, permintaan untuk hidangan lain juga sentiasa ada terutamanya apabila hari minggu. Keadaan juga tidak sesak kerana masing-masing akan membuat tempahan terlebih dahulu,” ujarnya.

Kepada sesiapa yang berminat, lokasi Restoran Makanan Laut 99 terletak bersebelahan di 99 Wonderland Park di Tasik Sri Murni, Selayang. -MalaysiaGazette