KUANTAN – ‘Geng Plastik Hitam’ bukan sahaja berlaku dalam filem dan drama kerana realitinya benar-benar berlaku dalam masyarakat kita sepanjang bulan Ramadan.
Tinjauan MalaysiaGazette seawal 11 pagi di bandar Kuantan melihat sendiri pembeli makanan dalam kalangan orang Melayu tidak putus-putus berkunjung ke sebuah premis makanan di Indera Mahkota di sini hari ini.
Rata-rata pengunjung tidak segan silu membawa bungkusan makanan keluar menuju ke kenderaan masing-masing.
Lebih menarik, ada juga disediakan sistem pandu lalu di mana perkhidmatan pembelian makanan dihantar sehingga ke pintu kereta.
Tinjauan dilakukan sehingga tengah hari tadi mendapati keadaannya semakin rancak sehingga kenderaan hak milik kerajaan juga dilihat berhenti dan salah seorang dipercayai penjawat awam turut membeli makanan daripada pengusaha yang sama.
Gelagat pembeli dirakam oleh MalaysiaGazette sempat dimuat naik ke media sosial TikTok mendapat tontonan hampir 500,000.
Rata-rata netizen kesal sekiranya ia kejadian ponteng puasa namun ramai juga yang bersangka baik kerana beranggapan mungkin mereka membeli untuk anak masing-masing.
Difahamkan gerai-gerai tersebut merupakan medan selera yang sering menjadi port geng plastik hitam sejak beberapa tahun lalu dan kain rentang yang dipasang memberi amaran kepada peniaga supaya tidak membekalkan makanan kepada orang Islam pada bulan Ramadan itu hanya ‘wayang’ semata-mata.
Ia seakan memberi signal kain rentang itu untuk mengaburi pihak berkuasa.
Begitu juga kain rentang yang telah disediakan oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di hadapan lokasi yang menasihati supaya orang Islam tidak meninggalkan puasa rupanya tidak diendahkan begitu sahaja. – MalaysiaGazette
Kononnya bersangka baik beli makanan untuk anak-anak di sekolah.
sebab Allah tu tak nampak…