Nurhayatul Husna menunjukkan gambar kenangan suaminya ketika ditemui di rumah mertuanya di Penaga, Pulau Pinang.

IPOH –  Polis Perak mengesahkan punca kematian Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib disebabkan Head injury consistent fall (kecederaan di kepala akibat jatuh secara konsisten).

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, punca kematian itu diperoleh hasil bedah siasat yang dilakukan terhadap mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, hari ini.

“Jenazah Allahyarham Koperal Mohammad Nasri diserahkan kepada Angkatan Tentera (ATM) sebaik urusan bedah siasat selesai,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Yusri turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa.

MalaysiaGazette semalam melaporkan, selepas lima hari pencarian, mayat Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib yang dilaporkan hilang ketika menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum di Gerik, akhirnya ditemui.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi proses bedah siasat sebelum dibawa untuk dikebumikan di kampung halamannya di Pulau Mertajam, Pulau Pinang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast