roslan
Roslan Shahir Mohd Shahir

KUALA LUMPUR – Rakyat masih ada peluang ‘mengajar’ Kerajaan Perpaduan yang dikatakan gagal menangani pelbagai isu melibatkan mereka khususnya berkaitan kenaikan kos sara hidup.

Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, rakyat boleh menghantar mesej kepada pihak berwajib pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Menurut beliau, orang Melayu khususnya perlu berpakat untuk membawa perubahan melalui sistem demokrasi dan menegur kerajaan.

“Paling bijak biar ada semak dan imbang atau check and balance dalam sistem kerajaan federalisme ini.

“Putrajaya sudah di tangan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN), lalu untuk semak imbang yang telus, kita pastikan enam negeri ini diserah ke Perikatan Nasional (PN) pula,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Roslan percaya kemenangan PN di enam negeri berkenaan akan membuka mata kerajaan Persekutuan dan menyebabkan mereka bekerja keras untuk rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berharap kerajaan membenarkan pengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar untuk rakyat yang berdepan masalah kewangan.

“Yang melalui pengeluaran ini dapat membantu kehidupan mereka dan mungkin jalan keluar untuk memperbaiki kehidupan masing-masing,” jelasnya.

Roslan menambah, mereka yang mempunyai tunggakan pinjaman bank sepatutnya dibantu dan mereka semakin terseksa walaupun mempunyai simpanan dalam KWSP.

“Benar KWSP ini adalah simpanan tetap untuk masa tua. Tetapi mereka yang terkesan hari ini, tidak akan mampu meniti hidup seterusnya apatah lagi sampai ke usia tua kiranya kemampuan mereka hari ini tersekat,” katanya.

Beliau berkata, rakyat kecewa apabila tuntutan mereka tidak dilayan sebaliknya kerajaan membenarkan mereka membuat pinjaman mencagarkan simpanan KWSP. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ini idea cakna untuk rakyat sampaikan kepada pemimpin PERBANDUAN. Try sekali rakyat menunjukkan message melalui SALURAN SEBENAR. jika guna cara lain mereka akan sekat siap diugutnya ke dalam….
    lagi pun boleh intai-intai dan cari selongkar kerakusan merembat money money.. Xno1 Perlis dah break cair, kat Melaka pun begitu semua tu XX.. terkini Kementerian PERBANDUAN la pulak hahaha
    pengundi try…

Comments are closed.