Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman.

KUANTAN – Hari Raya Aidilfitri semakin dekat menyebabkan ramai umat Islam berdebar menantikannya dan timbul semula isu sama ada ahli falak nampak anak bulan atau tidak ketika proses mencerap hilal diadakan.

Lebih-lebih lagi Arab Saudi sudah nampak anak bulan dan telah menetapkan hari raya pertama pada 22 April ini.

Atas kemuskilan itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman menjelaskan faktor perbezaan kenampakan anak bulan antara Arab Saudi dan Malaysia.

Menurutnya, faktor tersebut berdasarkan umur anak bulan yang dilihat bergantung kepada lokasi geografi sesebuah negara.

“Kita kalau di sini umur anak bulan itu tidak cukup oleh kerana Saudi lebih arah barat, bulan dia itu makin lama umur anak bulan makin panjang, jadi mungkin akan nampak, maksudnya begitu.

“Kita (Malaysia) tidak nampak sebab kita di sebelah timur, Saudi di Barat, beza kita enam jam. Kalau umur anak bulan tujuh jam 11 minit maknanya  kalau pergi ke Saudi tujuh tadi tambah lagi  enam jam, kemungkinan boleh nampak,” katanya.

Abdul Rahman berkata demikian menerusi jawapan penerangan dalam video berdurasi 1.34 minit di halaman rasmi Facebook milik Jabatan Mufti Negeri Pahang semalam.

“Walau macam mana pun, kita tidak boleh melihat anak bulan berdasarkan Saudi kerana hadis Rasulullah ada bersabda, sesiapa tengok anak bulan berdasarkan satu tempat, hendaklah  melihat anak bulan Syawal dan Ramadan, di situlah keputusan diberikan di mana kita tengok anak bulan berdasarkan keputusan sesebuah negara itu.

“Kalau timbul soalan kenapa kita tidak boleh nampak, inilah penjelasannya,” katanya – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

25 Komen

  1. Arab Saudi kurang awan tetapi Malaysia musim tengkujuh berawan mendung, so sukar nampak anak bulan.

  2. imbas balik la apa yg pernah belajar geografi dulu.tentang bulan mengelilingi bumi.simple….arab saudi dan malayasia bukan tempat yg sama..jauh tu bos kedudukannya.

    • apa yg gila. hukum tgk anak bulan bagi menentukan samada 29 atau 30 hari dalam bulan Islam. jgn ikut kalender orang non muslim menentukan berapa hari kita puasa. sebab aturan agama sudah ditetapkan dan diajar Rasullah walau baginda hanya tinggal di Madinah dan tak menetap di lain negara. jadi kalau dah 30 hari puasa besoknya 1 syawal walau tak nampak anak bulan. tapi yg selalu dilihat anak bulan itu hari ke 28 sebelum ramadhan atau syawal. kalau nampak besok dah mula puasa atau beraya. kalau tak nampak makan lusa, bukan sampai nampak anak bulan

    • tak boleh cakap cam tu. lihat anak bulan ni dari hadis nabi, syariat agama, arahan Allah. lain tempat lain keputusannya. seperti juga waktu solat

    • “Walau macam mana pun, kita tidak boleh melihat anak bulan berdasarkan Saudi kerana hadis Rasulullah ada bersabda, sesiapa tengok anak bulan berdasarkan satu tempat, hendaklah melihat anak bulan Syawal dan Ramadan, di situlah keputusan diberikan di mana kita tengok anak bulan berdasarkan keputusan sesebuah negara itu.

  3. nak raya ada syaratnya, kemungkinan yg paling besar terjadinya raya di sana umur anak bulan, melebihi 8 jam sedangkan ianya belum berlaku di sini, yg kedua bulan sempat melintasi matahari semasa proses terbenam, selebihnya sudut congdong 3° dan 2° tinggi bulan dlm proses pencerapan. Biasa awaman banyak cakap dari ilmunya, cakaplah berdasarkan ilmu.

  4. Arab saudi dah nampak anak bulan..? tapi kenapa Arab Saudi tetapkan 22/04 raya..? anak bulan menunjukkan masuknya 1syawal.. admin jgn maintaip je

    • tak apa lah…kita ikut cakap mufti. Yang tanggung dosa dorang…kalau orang tua dulu2 tengok air laut pasang surut pun dah boleh tahu. Kita sekarang lagi canggih…pakai apps pun boleh

      • ya.. teknologi sudah ada kan.. bulan laon boleh pula sama.. tiba ramadan.. masuk sywal bulan nya lari

    • Entah siapa yang salah..ku tak tahu. Arab Saudi sudah memaklumkan akan menyambut 1 Syawal pada hari Jumaat 21hb April 2023 bukan hari Sabtu 22hb April 2023. Wartawan sila beri maklumat yang betul.

  5. kalau dah arab raya 22hb kita kena la raya 21hb… dah la arab puasa dulu…kita kat timur patut di depan… bukan di belakang

  6. Apalah semua ni. Sibuk pasal hari raya cepat atau lambat. Kalau puasa ramadhan kau orang tak pulak sibuk. Kalau boleh biar lambat. Ramadhan tu fardhu wajib tapi hari raya tu sunat. Ikut kemampuan. Kenapa tak ikut Arab. Ramadhan disambut besar besaran. Ni ada pulak yang cadang tetapkan tarikh hari raya untuk satu dunia. Kan hadis dah sebut ikut lihat anak bulan di satu tempat atau kalau anak bulan tak cukup matang kiraan rukyah 30 hari. Susah sangat ke. Ala gari raya aje pun. Itu yang membezakan tahap takwa.

    • bukan dorg tak puas . mesti nk tgok pakai mata kepala.. sy cadangkan teropong pakai helicopter naik tinggi.. kn.. simple

Comments are closed.