Kediaman di kawasan yang terbakar. Foto Khaleej Times

DUBAI – Seramai 16 orang termasuk tiga warga Pakistan maut dan sembilan lagi cedera selepas kebakaran di sebuah bangunan kediaman di sini.

Kebakaran berlaku di kawasan Al-Ras, salah satu kawasan tertua di Dubai, membabitkan rumah kepada ramai pekerja asing dan peniaga.

Kebakaran berlaku di tingkat empat bangunan lima tingkat itu, menurut laporan media tempatan.

Pertahanan Awam Dubai mengesyaki kejadian ini berpunca daripada kekurangan pematuhan terhadap keperluan keselamatan bangunan.

Pasukan bomba tiba di tempat kejadian pada 12.41 tengah hari waktu tempatan.

Kawasan Al-Ras terletak berhampiran pasar emas dan rempah ratus di bandar ini, yang merupakan tarikan pelancong yang popular.

Akhbar UAE The National bahawa siasatan terhadap kebakaran maut sedang dijalankan.

Setakat ini belum ada individu yang ditahan untuk siasatan. – Agensi