COLOMBO – Jabatan Meteorologi Sri Lanka mengeluarkan nasihat indeks haba sambil memberi amaran kepada orang ramai tentang peningkatan suhu.
Jabatan itu berkata, mereka yang tinggal di wilayah timur dan utara tengah dan di daerah Kurunegala, Kilinochchi, Vavuniya, Mullaitivu, Mannar, Moneragala dan Hambantota mesti berhati-hati dengan suhu tinggi.
Indeks haba dikira menggunakan kelembapan relatif dan suhu maksimum serta kesannya terhadap badan.
Jabatan Meteorologi turut menasihatkan orang ramai untuk kekal terhidrat, berehat di tempat teduh sekerap mungkin, mengehadkan aktiviti luar yang berat, mencari tempat teduh, dan memakai pakaian ringan dan putih atau berwarna terang.
Bulan Mac dan April agak panas di Sri Lanka.- Agensi