Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menerima replika cek peruntukan kewangan daripada Dr Mohd Na'im Mokhtar sambil disaksikan Saarani Mohamad yang berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak. .

KUALA LUMPUR – JabatanĀ  Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyerahkan peruntukan sebanyak RM77, 769,264 kepada Kerajaan Negeri Perak.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, peruntukkan itu bagi pembayaran elaun dan imbuhan kepada guru KAFA, imam bilal, siak serta guru takmirĀ  termasuk bayaran khas secara one-off RM600 kepada kumpulan berkenaan di negeri itu.

Peruntukan kewangan Jakim ini adalah sebahagian daripada RM1.5 bilion bajet bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam tahun 2023.

“Ia telah diumumkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada Februari lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, peruntukan tersebut dipersembahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Turut menyaksikan penyerahan itu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.

Dalam pada itu, Hakimah berharap usaha kerajaan dalam memperkasakan pergurusan hal ehwal Islam di negara ini menerusi peruntukan yang disediakan itu mampu dicapai ke arah membina generasi al-Falah selaras dengan aspirasi Malaysia Madani. – MalaysiaGazette