Foto Facebook Kelantan FC.

KUALA LUMPUR – Kelantan FC menamatkan kontrak tiga pemain lebih awal susulan prestasi hambar pasukan ketika menduduki kedudukan kedua tercorot Liga Super dengan mengutip empat mata daripada lapan perlawanan.

Kelab itu menjelaskan, pihaknya telah mencapai persetujuan bersama untuk penamatan kontrak itu mengikut undang-undang.

“Pemain terbabit adalah Cristian Rontini, Carli De Murga dan Shafiq Shaharudin. Semua obligasi yang melibatkan kedua-dua belah pihak juga telah disepakati.

Dengan pelepasan beberapa pemain itu, Kelantan dijangka membawa masuk pemain baharu bagi jendela perpindahan kedua. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast