ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan menjadi ‘poster boy’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya berkata, Muhammad Sanusi juga akan kekal mengetuai pentadbiran negeri jika Perikatan Nasional (PN) menang pada PRN itu.

“Pas Kedah akan terus mempertahan kepimpinan Muhammad Sanusi dalam menerajui pentadbiran negeri Kedah dan ketegasannya menegakkan kebenaran menjadi asbab tekanan politik yang berterusan diarahkan kepada beliau ketika ini.

Ahmad.

“InsyaAllah sokongan berterusan daripada rakyat Kedah akan menjadi pemangkin kepada kejayaan PN di negeri ini khususnya. Tidak mustahil misi ini akan turut memberikan impak langsung kepada negeri lain yang ditadbir oleh pakatan Harapan (PH) seperti Pulau Pinang.

“Selain itu, Menteri Besar Kedah akan menjadi ‘poster boy’ dalam PRN kelak dan beliau akan kekal meneraju pentadbiran negeri jika terus diangkat dalam pilihan raya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut Ahmad berkata, PH tidak mempunyai modal untuk menjatuhkan pengaruh PN selepas mendapat dokongan kuat masyarakat Melayu Islam dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

“Langkah ‘pembunuhan karakter’ terhadap  Muhammad Sanusi dilaksanakan kerana beliau juga menjadi faktor penting kemenangan PN khususnya di Kedah.

“Pas Kedah yakin segala perjalanan pentadbiran dan pelaksanaan dasar negeri Kedah berada dalam landasan terbaik seiring dengan Pelan Pembangunan Kedah 2035. Malah, hasrat ‘The Greater Kedah’ yang digagaskan beliau tidak mustahil akan direalisasikan kelak,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kalau asysik berpolitik..rakyat yang susah..Mereka hidup senang atas duit kesusahan rakyat>>>
    KUALA MUDA – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah perumpamaan yang dihadapi sepasang suami isteri bersama dua anak perempuan yang berteduh bawah bangsal kereta di Kampung Sungai Batu, Merbok, Kedah.

    Jamil Ahamad, 35, berasal dari Kuala Pegang, Baling berkata, lebih memilukan, isterinya, Siti Norshahira Nabila Hamzah, 28, kini sarat mengandung anak ketiga.

    Menurutnya, sebelum ini keluarga itu menyewa di Seberang Perai Utara, namun, disebabkan masalah kewangan, mereka tidak dapat melunaskan sewa rumah yang tertunggak.

    “Banyak sangat tunggakan dan tak mampu bayar, jadi kami ambil keputusan untuk berpindah ke Sungai Batu dan menumpang di bawah bangsal depan rumah ayah,” jelasnya.

    Siti Norshahira berkata, keadaan rumah yang sempit dan jumlah ahli keluarga yang ramai menyebabkan dia dan suami serta dua anak, Nur Iman Arissa, 5, dan Nur Amani Arisha, 4, terpaksa berteduh di bawah bangsal buat sementara waktu.

Comments are closed.