KUANTAN – Kadar penampakan fenomena Gerhana Matahari Separa hari ini di Pahang kira-kira 10 peratus daripada 23 lokasi cerapan seluruh negara.
Menurut penerangan kakitangan Jabatan Ukur Dan Pemetaan Pahang (JUPEM), fenomena berlaku mulai pukul 11.06 pagi, fasa puncak 11.59 pagi dan terakhir pukul 12.55 tengah hari.
Tinjauan MalaysiaGazette mendapati kira-kira 200 orang tidak melepaskan peluang hadir di perkarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini seawal 10 pagi bagi melihat fenomena alam itu.
Mereka melihak kejadian itu berpandukan dan perkongsian maklumat dari pegawai JUMPEM menggunakan dua alatan teleskop Askar FRA Quintuplet Astograph dan Askar 160.
Sementara itu, lebih 350 orang ramai menunaikan solat sunat gerhana dan khutbah khas yang dianjurkan dianjurkan oleh Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan pukul 12.15 tengah hari tadi. – MalaysiaGazette