KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan tokoh budayawan dan seniwati, Tan Sri Michelle Yeoh di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Baru-baru ini, Michelle merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di acara Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023).
Anwar berkata, dalam pertemuan itu, Michelle mengimbau kisah suka dan duka perjalanan hidupnya terutamanya untuk mencapai tingkat kejayaan beliau ketika ini.
“Beliau turut menitip pesan bahawa kejayaan gemilang anugerah Oscar itu cukup bermakna bagi dirinya, keluarga dan juga rakyat Malaysia seluruhnya.
“Pencapaiannya itu berjaya mengangkat nama negara di persada antarabangsa. Saya ucap semoga maju jaya dan terus beroleh kejayaan!” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – MalaysiaGazette
Terbaiklah PMX ni “menyambut ketibaan’ menyediakan masa yang padat dan *terhebat* Michelle Yeoh memajukan nama Malaysia di peta DUNIA.
PMX ni tidak macam Raja Arab Saudi tu yang langsung tidak **menghormati dan tidak menerima mengadap** LAWATAN RASMI SEORANG PERDANA MENTERI dari sebuah NEGARA. Ini mengatasi record SEJARAH DUNIA selain KES 1MDB. Tapi Allah itu Maha Kaya dan Maha Penyanyang maka tergeraklah seorang budak yang berurusan dengan pejabat Raja Arab Saudi MELAYAN PERDANA MENTERI itu maka tidak lah nampak terlalu aib.