KUANTAN – Fenomena Gerhana Matahari Separa dilaporkan akan dapat disaksikan hari ini.
Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Mohd Rizal Mohd Ali Hanafiah mahu orang Islam yang berkesempatan untuk sama-sama menunaikan solat Sunat Gerhana Matahari Separa pada pukul 12.15 tengah hari ini di masjid negeri.
“Insya-Allah, kita akan menyaksikan fenomena gerhana matahari separa pada hari ini bersamaan dengan 29 Ramadan 1444 Hijrah.
“Justeru, Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 telah bekerjasama dengan Jabatan Mufti Negeri Pahang mengajak seluruh masyarakat untuk sama-sama mencerap matahari dan menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah di perkarangan pintu utama Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan.
Setelah itu, Mohd Rizal berkata, solat sunat khusus serta khutbah khas gerhana akan diadakan di ruang solat utama Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan.
“Marilah sama-sama kita merebut peluang emas ini pada bulan mulia ini,” katanya ketika dihubungi semalam. – MalaysiaGazette