1MDB Jho Low Taek Jho shadow director proxy Najib Razak scandal meeting Ismee Ismail
Jho Low @ Low Taek Jho

KUALA LUMPUR – Pengarang buku berkontroversi ‘Billion Dollar Whale’ mendakwa kerajaan Malaysia sedang melakukan rundingan dengan China bagi mengekstradisi ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Pengarang, Bradley Hope mendakwa tindakan tersebut dilakukan susulan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China, baru-baru ini.

Bradley yang memetik sumber mendakwa akan ada satu ‘pengumuman positif oleh kedua-dua negara andainya rundingan ini membuahkan hasil’.

Katanya dalam laman sosial program ‘Di Mana Jho Low’, jika benar dakwaan itu maka sesuatu yang besar dan menarik akan berlaku tidak lama lagi bagi mengakhiri skandal 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sumber berkata ekstradisi Jho Low ini akan bebaskan China daripada pelbagai dakwaan kononnya negara itu terlibat dalam perjanjian dengan lelaki ini tutup kes 1MDB. Sebenarnya Jho Low adalah liabiliti buruk kepada China.

“Ekstradisi ini juga membolehkan Malaysia menerima semua wang yang dicuri daripada 1MDB bersama aset lain yang dikaitkan dengan dana kekayaan negara.

“Saya hanya buat spekulasi dan bayangan bahawa mungkin Malaysia dan China mahu ekstradisi ahli perniagaan diburu ini menjadi satu pengumuman positif,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kunjungan hormat ke atas Premier Republik Rakyat China, Li Qiang, di Great Hall of the People, Beijing, 1 April 2023. – SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

Jho Low didakwa sejak beberapa tahun lalu dikatana sedang bersembunyi di China, malah pernah tular gambar mirip lelaki itu di laman sosial media namun secara rasminya tiada kenyataan rasmi dikeluarkan.

Sejak beberapa tahun lalu, Ketua Polis Negara (KPN) mengulangi komitmen untuk menjejak dan menangkap Jho Low serta membawanya ke muka pengadilan namun ia masih belum direalisasikan.

Pada bulan lalu, mahkamah Kuwait menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara kepada Jho Low atas pertuduhan wang haram, bagaimanapun ahli perniagaan dalam buruan itu tiada ketika hukuman tersebut dijatuhkan. 

Jho Low berdepan saman sebanyak AS$3.78 bilion (RM16.82 bilion) yang difailkan oleh 1MDB dan empat anak syarikatnya.

Dengan pihak berkuasa Malaysia terus menjejakinya, dia dilaporkan menawarkan penyelesaian kepada kerajaan namun Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan perkara itu ditolak.

Laporan sumber ketika itu mendakwa Jho Low menawarkan RM1.5 bilion kepada kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan pertuduhan terhadapnya.

Najib yang juga bekas Presiden UMNO dan BN sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan salah dalam kes penyelewengan dana SRC International yang juga merupakan anak syarikat 1MDB. – MalaysiaGazette

Jho Low bersama isteri dan anak di China?

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. boleh kutip ke laporan ini? jangan sebar berita palsu melibatkan PMX Malaysia.
    cerita la perkembangan Panda China di Malaysia n.

  2. kerajaan PERBANDUAN dah nasihat jangan sebar berita tidak PASTI kecuali disahkan agensi berkaitan

Comments are closed.