Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.-Foto AFFAN FAUZI, 11 APRIL 2023.

Kuala Lumpur – Enam lokasi telah dipilih bagi majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, majlis yang turut disertai Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan itu akan berlangsung pada bulan ini dan bulan depan.

“Semua dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani.

“Semoga Syawal ini memberi peluang untuk saling bermaafan di samping mengeratkan lagi silaturahim sesama kita,” kata Fahmi dalam kenyataan.

Majlis bermula dari utara Semenanjung Malaysia pada 29 April di Hotel Raia, Alor Setar, Kedah bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang disusuli di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 6 Mei bermula pada 11 pagi hingga 2 petang.

Pada 7 Mei acara rumah terbuka diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, Negeri Sembilan pada pukul 11 pagi hingga 2 petang.

Lokasi di sebelah timur Semenanjung Malaysia diadakan pada 12 Mei di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan dari 7 malam hingga 10.30 malam.

Pada 13 Mei Rumah Terbuka Malaysia Madani akan berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah UNISZA, Kuala Terengganu, Terengganu dari pukul 7 malam hingga 10.30 malam.

Manakala Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor menjadi lokasi terakhir sambutan rumah terbuka berkenaan yang diadakan pada 14 Mei dari pukul 8 malam hingga 11 malam.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.