KUALA LUMPUR – Aliran trafik lancar di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Plaza Tol Sungai Besi setakat jam 9.45 malam ini.

Meskipun Tol Rahmah percuma selama empat hari bakal berakhir jam 12 tengah malam ini, namun kesesakan tidak berlaku menghala ke ibu negara ketika ini.

Tinjauan MalaysiaGazette sejak jam 9 malam tadi mendapati, meskipun jumlah kenderaan memasuki ibu negara semakin bertambah sejak siang tadi, namun ia tidak menyebabkan kesesakan luar biasa.

Sebelum ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di akaun Facebook rasmi memaklumkan tol percuma bagi semua jenis kelas kenderaan di 33 lebuh raya seluruh negara sempena Aidilfitri yang bermula 19 April, tamat pada 21 April lalu.

Bagaimanapun tol percuma selanjutnya bersambung pada Isnin ini iaitu 24 April.

Sebelum ini, LMM menjangkakan jumlah peningkatan trafik hingga 2.3 juta kenderaan sehari di tiga lebuh raya utama dijangka berlaku berperingkat bermula 19 April hingga 7 Mei sempena perayaan Aidilfitri. – MalaysiaGazette