RIYADH — Insurans mandatori terhadap kesilapan perubatan oleh petugas kesihatan akhirnya dilaksanakan.
Inisiatif itu turut merangkumi beberapa keistimewaan lain.
Keputusan untuk melaksanakan skim insurans terbaharu itu dibuat Kabinet yang dipengerusikan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman pada November tahun lepas.
Kabinet menyenaraikan beberapa displin yang terlibat seperti kejururawatan, farmasi, anestasia, perbidanan, makmal, dianogsis radiologi, ambulans (perkhidmatan perubatan kecemasan), fisioterapi, pengucapan dan komunikasi, rawatan respiratori, nutrisi, kardiologi, audiologi, tetapan tulang, pengambilan sampel darah, optik, dan juruteknik bilik bedah.- SAUDI GAZETTE