Datin Arlina Ariff

KUALA LUMPUR- PRG Holdings Berhad (PRG Group) melantik bekas Pengarah Bank Negara Malaysia, Datin Arlina Ariff sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutifnya bermula 20 April 2023.

Dalam kenyataan di Bursa Malaysia, PRG berkata, Arlina memiliki lebih 25 tahun pengalaman dalam bidang perbankan, kewangan dan ekonomi industri.

Naib Pengerusi Eksekutif PRG Group, Datuk Lua Choon Han berkata, Arlina bakal membawa nilai tinggi kepada syarikat berikut pengalaman luas beliau dalam sektor awam dan swasta.

“Jawatan kanan yang dipegang dalam sektor perbankan dan kewangan akan memberi sumbangan kepada syarikat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arlina memegang jawatan terakhir sebagai Pengarah di Jabatan Inklusi Kewangan BNM mempunyai pengalaman luas di jabatan-jabatan lain termasuk Pusat Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Ekonomi serta Jabatan Analisis Monetari dan Strategi,

Beliau mempunyai pengalaman luas di jabatan-jabatan lain termasuk Pusat Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Ekonomi serta Jabatan Analisis Monetari dan Strategi,

Beliau berkhidmat di bank pusat itu selama 22 tahun bermula September 2000 hingga Julai 2022.

PRG Group adalah syarikat terlibat dalam pemaju hartanah, pembinaan, pengilangan dan perniagaan pertanian.- MalaysiaGazette

 

*

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast