KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seharusnya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana berjaya memulakan inisiatif pembinaan Transit Aliran Massa (MRT).
Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, penghargaan wajar diberikan kepada Najib yang juga dikenali sebagai ‘Bossku’ selepas Mahathir memuji kemudahan MRT yang setaraf negara maju.
“Menurut Tun M bila dia dan Siti Hasmah meronda naik MRT di Hari Raya ke 3 ‘saya dapati seolah-olah saya berada di negara maju’. Patut dia berterima kasih pada Bossku,” kata Puad di Facebook.
Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu berkata, Mahathir seolah-olah lupa ketika pentadbirannya selama 22 bulan banyak projek sistem pengangkutan awam yang ditangguh dan dibatalkan.
Tindakan tersebut menyebabkan negara ketinggalan dalam memperbaiki prasarana pengangkutan awam setaraf negara maju.
“Betullah cakap Tun M ‘Melayu mudah lupa’. Tun M lupa dia yang sekejap batal sekejap tangguh projek MRT 3, Pan Borneo, ECRL dan High Speed Rail (HSR).
“Dia menangguh Malaysia cepat jadi negara maju. Kesian Sabah dan Sarawak. Mujur Tun M sempat memerintah balik 22 bulan sahaja,” kata Puad.
Mahathir dalam perkongsian di media sosial menzahirkan perasaan kagum terhadap fasiliti yang disediakan dalam sistem MRT.
Beliau yang mencuba sistem pengangkutan tersebut pada hari raya ketiga Isnin lalu mendapati kemudahan yang disediakan sangat baik.
“Umumnya saya dapati seolah-olah saya berada di negara maju. Perjalanannya amat baik. Demikian juga kemudahan yang disedia untuk pelanggan. Stesen juga cukup besar dan dilengkapi dengan lif dan eskalator.
“Saya percaya kemudahan rail ini akan disambut baik oleh rakyat jika kos yang amat tinggi tidak dipedulikan.
“Tahniah saya ucap kepada anggota pengurusan MRT Sungai Buloh – Putrajaya,” kata Mahatahir yang berkongsi pengalaman tersebut di media sosial beliau.
Projek MRT memulakan pembinaannya ketika era pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pelancaran pada 8 Julai 2011.
Laluan perkhidmatan awam itu bermula dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral.
Kemudahan tersebut memberi manfaat kepada dua juta pengguna dari Kwasa Damansara sehingga ke Putrajaya dengan 10 stesen pertukaran dan sambungan di sepanjang jajaran 17 stesen. – MalaysiaGazette
Bayar faedah bunga riba pelaburan Ah Long Komunis.
Kau cerita apa ni? Tak faham apa maksud kau?
terima kasih kat contractor la..penat ii buat rail link..
Dia sepatutnya tidak layak untuk gunakan kemudahan ini kerana sikap tamak dan pendendamnya punca dsnr dipenjarakan. Orang tua yang tak tahu malu. Lidah bercabang dan penabur fitnah . Menjijikan.