KUALA LUMPUR – Tidak perasan anaknya tiada bersama menyebabkan seorang remaja tertinggal di kawasan rehat dan rawat Tapah, Perak dalam kejadian semalam.
Kejadian itu disedari petuas EMPV Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman yang sedang melakukan rondaan di kawasan tersebut.
Menerusi perkongsian di laman Instagram @pdrmsia_trafik memaklumkan, semasa rondaan petugas berkenaan iaitu Inspektor Muhamad Hafizd mendapati seorang remaja berusia 15 tahun telah tertinggal oleh ibu bapanya yang tidak sedar keberadaan anaknya di dalam kenderaan di Petronas RnR Tapah.
Petugas berkenaan kemudian berjaya menghubungi bapa remaja tersebut dan menyerahkannya di Plaza Tol Tapah.
“Petugas turut menasihati pihak waris agar sentiasa peka dan memastikan keselamatan anak-anak semasa menaiki kenderaan,” kata PDRM.
PDRM turut menasihati pengguna lebuh raya supaya berhati-hati ketika memandu serta mengambil langkah-langkah keselamatan. – MalaysiaGazette