KUALA LUMPUR – Majoriti mahu Tun Dr Mahathir Mohamad menyatupadukan semula bangsa Melayu melalui platform Proklamasi Orang Melayu secara non partisan tanpa mengaitkan dengan mana-mana parti politik buat masa ini.
Pengerusi Biro Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ini kerana pada pandangan orang-orang Melayu dari segenap lapisan masyarakat menyatakan Dr Mahathir sendiri sebuah ‘institusi’ tanpa perlu menggunakan platform politik untuk melaksanakan agenda penyatuan demi masa depan.
“Saya sedang menjelajah ke seluruh pelusuk tanahair bagi menubuhkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu peringkat negeri-negeri di seluruh negara.
“Rata-rata inilah maklum balas yang saya peroleh dari segenap lapisan masyarakat melayu di peringkat akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Khairuddin, Dr Mahathir seorang tokoh negarawan yang dihormati dan gerakan untuk menyatu-padukan orang-orang melayu secara non partisan lebih membuatkan keseluruhan bangsa Melayu merasa amat selesa tanpa perlu beliau terikat pada mana-mana parti-parti politik Melayu.
“Lebih mudah untuk menyatu-padukan orang-orang Melayu melangkaui konsep berpartian,” katanya.
Menurut Khairuddin, sambutan masyarakat Melayu pada gerakan Proklamasi Orang Melayu amat memberangsangkan di setiap negeri.
“Insya-Allah, penubuhan struktur jawatankuasa di peringkat negeri-negeri akan selesai pada hujung minggu ini,” ujarnya.
Gerakan Proklamasi Orang Melayu akan mengkaji setiap aspek permasalahan orang-orang Melayu dan bakal mencari solusi paling efektif ke arah menyelesaikan setiap dilema bangsa melayu secara total.
Matlamat utama gerakan Proklamasi Orang Melayu adalah untuk memperkasakan semula kedudukan mereka di segenap sektor di bumi bertuah ini.
“Daya-usaha untuk memperkasakan kedudukan orang-orang melayu di tanahair kita akan dilaksanakan mengikut apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Dalam masa yang sama Sekretariat Proklamasi Orang Melayu tidak akan mengizinkan sebarang bentuk provokasi yang berbaur perkauman, keagamaan dan institusi DiRaja.
“Kami amat menghormati Perlembagaan dan akan terus memelihara hak-hak kaum-kaum dari kepelbagaian agama,” ujarnya.
Menurutnya, tumpuan utama Sekretariat Proklamasi Orang Melayu hanyalah untuk memastikan kesejahteraan serta kemajuan masa hadapan bangsa Melayu tanpa bersikap zalim atau mengambil hak kaum-kaum lain.
“Dari siri jelajah ke seluruh negara mesej jelas yang terpapar pada kami semua adalah bangsa Melayu merayu pada Dr Mahathir untuk menjayakan agenda ini di luar platform politik,” katanya.
Keseluruhan anggota Sekretariat Proklamasi Orang Melayu turut meletakkan harapan yang tinggi agar Dr Mahathir membuat pertimbangan secara mendalam terhadap harapan mengenai kaedah pelaksanaan Proklamasi Orang Melayu.
“Apa pun kami akan menghormati apa saja bentuk keputusan yang bakal dipertimbangkan seterusnya di buat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kerana beliau adalah seorang tokoh negarawan yang amat luas pengalamannya,” katanya. – MalaysiaGazette
Hidupkan proklamasi semangat Melayu berjaya menentang Malayan Union nak beri hak warganegara tempatan kepada pendatang ekonomi Cina dan Keling. Seandainya negara-negara kecil bekas jajahan British macam Qatar, UAE, dan Kuwait beri hak warganegara tempatan kepada pendatang ekonomi maka pasti sebahagian tanah Pak Arab tersebut tergadai sebijik tergadainya Singapore dan Penang termasuk tanah rizab Melayu yang diduduki pendatang ekonomi bukan Melayu tanpa bayar yuran residency dan cukai harta lebih tinggi diganti dengan tanah gersang berpaya belukar politikus Pak Pandir ooii!
Haaaa…tu bukan Melayu laaa…Medey tu mamak keturunan Kutty dari Kerala..mana ada org Melayu serupa tu…tiba2 jaa mengaku Melayu…