Mohd Agus Yusoff

KUALA LUMPUR – Rumah Terbuka Malaysia Madani mampu redakan suhu kebencian politik dalam kalangan rakyat.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohammad Agus Yusoff berkata, tidak ada pengunjung kisah dakwaan kononnya malis tersebut membazir dan sebagai kempen pilihan raya.

“Rakyat yang datang bersalaman dan berswafoto tanpa mengira darjat. Mereka bergaul mesra tanpa mengira parti dan kecenderungan politik, agama dan kaum, kaya atau miskin.

“Hasilnya apa? Rumah terbuka ini dapat meredakan suhu kebencian politik di kalangan rakyat.

“Bahagia sungguh hati menikmati suasana ini. Majlis ini bukan program VVIP, bukan program kempen politik, tetapi majlis meraikan rakyat, dari rakyat dan untuk rakyat,” kata Mohammad Agus.

Beliau turut hadir di Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kedah semalam.

Menurut Mohammad Agus, berdasarkan kemeriahan majlis yang berlangsung tidak timbul isu pembaziran.

“Melihat kemeriahan majlis ini, saya tegaskan majlis tadi bukan pembaziran.

“Mana mungkin amalan mulia memberi makan dan menyantuni rakyat marhaein satu pembaziran. Lagi mulia kerana ia menyambung silaturrahim sesama insan, hanya setahun sekali.

“Berjayakah program tadi? Jika ribuan yang hadir, tentunya berjaya. Malah, majlis tadi adalah promosi terbaik bagi negeri Kedah,” katanya dalam kenyataan.

Mohammad Agus akan hadir pada majlis rumah terbuka selanjutnya yang akan diadakan di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 6 Mei.

Seremban, Negeri Sembilan pada 7 Mei, Kota Bharu, Kelantan pada 12 Mei, Kuala Terengganu pada 13 Mei, dan Batu Caves, selangor pada 14 Mei.

“Setelah acara selesai, saya pulang dengan satu ungkapan: Happy dapat berjumpa dan beramah mesra dengan rakan seagama setelah sebulan berpuasa.

“Happy dapat bergaul dengan rakyat dari pebagai bangsa yang hadir. Hebatnya Malaysia Madani,” kata Mohamad Agus.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast