Setiausaha Agung Majlis Datuk Dato Malaysia (MDMM), Datuk Samson David Maman, pihaknya sudah mendapat ratusan aduan berkaitan penggunaan pangkat palsu ini sejak Mei 2021 lagi.

KUALA LUMPUR – Penggunaan gelaran atau pangkat ‘palsu’ seperti Tan Sri, Datuk Sri dan Datuk semakin hari semakin berleluasa dan seolah-olah tidak dapat dibendung lagi di negara ini.

Malah ada dakwaan penggunaan pangkat palsu ini memetik nama istana dan bersikap ‘kebal’ kerana menggunakan anugerah itu secara terbuka.

Menurut Setiausaha Agung Majlis Datuk Dato Malaysia (MDDM), Datuk Samson David Maman, pihaknya sudah mendapat ratusan aduan berkaitan penggunaan pangkat palsu ini sejak Mei 2021 lagi.

Kata David Maman, pihaknya juga terkejut dan kecewa kerana rata-rata aduan ketika disemak didapati sememangnya menggunakan pangkat palsu serta bebas melakukan perbuatan melanggar undang-undang sesuka hati.

“Kita ada ratusan aduan tapi jika hendak buat satu-satu sememangnya ambil masa. Hari ini kita akan membuat satu laporan polis terhadap sembilan individu yang menggunakan pangkat palsu termasuklah penggunaan Tan Sri, Datuk Seri, Datuk dan sebagainya.

“Anda bayangkan, ada satu keluarga anak beranak semuanya menggunakan pangkat palsu. Kita juga akan membuat aduan terhadap seorang individu yang menyalahgunakan pangkat Tan Sri. Kita mahu siasatan di jalankan dan tindakan segera di ambil.

“Jangan biarkan golongan seperti ini ‘berkeliaran’ menggunakan pangkat palsu yang amat kita hormati.

“Pemberian pangkat ini mempunyai kehormatan tertinggi yang boleh kita banggakan, seandainya ada pihak yang cuba menjual pangkat seperti ini, kita perlu bertindak dan jangan sesekali tertipu,” katanya kepada pemberita di hadapan Balai Polis Puchong Jaya di sini.

Kata David Maman lagi, rata-rata golongan yang melakukan perbuatan menipu pangkat palsu ini adalah juga individu berpengaruh atau mempunyai nama tidak kira industri termasuklah pemimpin politik, NGO, ahli korporat, artis dan banyak lagi.

“Ada juga yang kita lihat keluar masuk televisyen, surat khabar dan media sosial bercakap tentang pelbagai isu termasuklah berkaitan moral diri, motivasi dan sebagainya. Mereka guna pangkat palsu tapi beri nasihat kepada orang awam, apa ini?

“Bila kita buat semakan kita dapati individu ini pakai gelaran palsu, atas kapasiti apa keluar tv dengan jawatan besar-besar? Kami juga pelik,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

8 Komen

  1. Penggunaan pangkat yg dianugerah oleh Sultan dan YDP Agung sudah terlalu banyak. Sebab itu lah tak hairan sekiranya ramai yg gila dgn perolehan itu hingga sanggup memalsukan. Sebab utama penerimaan public dan mudah percaya dgn gelaran tersebut walaupun untuk menipu kerana melayu dan ramai rakyat Malaysia gila dihormati.

  2. Kerana anugerah seseorang bergelaran bukannya berpangkat. Pangkat adalah utk jawatan seperti pengarah, setiausaha atau guru besar dsb…..

  3. Datuk dan Dato bukan pangkat.. ianya adalah anugerah darjah kebesaran oleh raja/sultan/tyt kepada individu yg berjasa dan layak. Pangkat adalah panggilan tertentu individu dlm sesuatu jawatan seperti Jeneral, Kapten, Sarjan dll.. mohon gunakan terminologi yg betul.

    • Banyak negara tak guna pun gelaran2 ni….. malah lebih maju dari kita dlm banyak aspek. Elok perkenalkan kaedah bila utk guna gelaran2 ini…..mungkin utk aktiviti rasmi shj. Orang2 British panggil PM mereka Prime Minister, AS President juga Prime Minister di Singapura.

  4. Kalau ada seorang cucu, dapatlah gelaran datuk. Kalau cucu sepasang lelaki & perempuan – dikira datuk seri. tetapi kalau dah tua tp xde cucu, jadi datuk takde seri.

  5. buktikan dirimu berjaya membawa bangsa dan negaramu kearah yang lebih baik biarkan jasa dan pengorbananmu menjadi pengukur agar khidmatmu diiktiraf sejajar dengan pecapaianmu…bila mana Anugerah dan Gelaran yang diberikan padamu masyarakat takkan pertikai…

  6. Datuk tipu ke? Tan Sri tipu ke? bukanlah isu kepada majoriti rakyat B40 sekarang. Ianya tidak penting bagi B40. Isu rakyat sekarang adalah kos sarahidup yang melambung tinggi tidak setara dengan pendapatan. Isu ini juga setelah sekian lama gagal diselesaikan oleh kerajaan.

Comments are closed.