PUTRAJAYA – Permohonan pengampunan diraja yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dipertimbangkan bila tiba masanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengambil pendirian tersebut dan pada masa yang sama mengesahkan, permohonan Najib tidak dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan baru-baru ini.
“Seperti yang pernah saya katakan, setiap individu yang disabitkan kesalahan atau banduan berhak membuat rayuan.
“Kita telah mempertimbangkan untuk menyemak atas dasar ihsan, secara profesional dan tanpa prejudis,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) diminta mengulas tentang permohonan pengampunan diraja oleh Najib yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun atas sabitan kes SRC International Sdn Bhd.
Sementara itu, Anwar menyifatkan komplot pihak tertentu untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinannya sebagai tidak berasas.
Menurut beliau, tumpuan utama kerajaan adalah bekerja untuk rakyat dan menasihatkan semua pihak agar jangan melayan komplot tersebut.
“Kalau dia tak ada komplot, dia kerja apa? Dia jalankan tugas dia, setiap bulan dia ada strategi,” jelasnya.
Anwar menambah, Kerajaan Perpaduan adalah cukup kuat dan apa yang penting, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sarawak (GRS) memberi komitmen sepenuhnya.
“Jadi, tumpu kerja. Jangan layan pengigau-pengigau,” katanya.
Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, cadangan untuk menaikkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) majikan masih belum dirujuk kepada Jemaah Menteri.
“Kita bincang dulu, ini keputusan dasar dan ada impak kepada kerajaan, majikan, rakyat,” jelasnya. – MalaysiaGazette
Welanon Welanon wahai para Welanon telah dimaklumkan pengampunan YDPA kepada PENJENAYAH akan difikikan kerana kerja untuk rakyat adalah lebih perlu.
Welanon adalah diseru untuk hadam maksud ANWAR IBRAHIM supaya patuh bahawa beliau cukup kuat di Parliament. Nasihat ANWAR jangan jadi pengigau-pengigau setaraf Pak Pandir lah tu hehehehehe
Welanon teruskan berhariraya sambil berkerja… yang belum bertali tu pergi buat lubang CUCUK HIDUNG SENDIRI.
LIDAH BERCABANG BERPURA-PURA DAN GOLONGAN MUNAFIKUN ADALAH SAUDARA SYAITAN
BILA MASA SAYA AKAN KERJASAMA DENGAN ZAHID PARTI PENYAMUN PERASUAH….SAYA ULANG SAYA ULANG NAJIB TELAH BAWA KEBOBROKAN NEGARA