Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni atau Ismail Umar hadir pada Fetsival Islami Turath Selangor yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Seramai 200 tetamu hadir pada Program Talaqqi Kitab Ihya Ulumuddin tulisan Imam al-Ghazali sempena Festival Turath Islami Selangor yang membuka tirainya hari ini.

Berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini, program julung kali dianjurkan Kerajaan Negeri bersama tokoh ulama dari Pattani, Thailand.

Dalam program berkenaan, Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni atau Ismail Umar tampil membaca dan menghuraikan perkataan demi perkataan daripada kitab tersebut.

Beliau merupakan guru pondok di Maahad Darul Muhajirin Narathiwat dan merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Persatuan Ulama Pattani.

Sementara itu, program sama yang turut disiarkan menerusi Facebook Media Selangor terbahagi kepada dua sesi iaitu jam 10 pagi (sesi 1) dan 8 malam (sesi 2).

Program anjuran bersama Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI turut disertai Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) dan Asatizah Selangor.

Turut menjayakan program ialah Jabatan Agama Islam Selangor, Asatizah Selangor, Akademi Pemikiran Turath dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

IBDE yang menerima geran Kerajaan Negeri bakal menterjemah 15 karya mulai tahun ini termasuk kitab Ihya Ulumuddin yang bakal diterbit dalam 20 siri dan dijangka siap sepenuhnya pada 2026. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast