KUALA LUMPUR – Kenyataan pemimpin DAP, Ong Kian Ming mengenai isu pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima reaksi negatif daripada pemimpin UMNO.
Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abd Samad membalas kenyataan Kian Ming dengan menyatakan pemimpin parti itu tidak menyelamatkan Malaysia.
Sebaliknya beliau mendakwa, banyak kerosakan dibawa pemimpin DAP ketika mentadbir negara selama 22 bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
“Pendakwaan terpilih dan penganiayaan politik! Begitu mudah menyalahgunakan kuasa apabila DAP dan pemimpinnya berkuasa!
“Ni nak bercakap pula pasal pengampunan, patut atau tidak.
DAP dan pemimpin-pemimpinnya yang cerdik tidak menyelamatkan Malaysia.
“Sebaliknya banyak kerosakan dilakukan oleh orang cerdik DAP dalam 22 bulan kepada negara, kehakiman, sistem kerajaan dan sistem ekonomi negara,” kata Shahrir.
Bekas Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu berkata, DAP tidak bersuara berhubung pengguguran kes terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berkaitan pembelian sebuah lot tanah dan banglo.
Pemimpin parti itu juga berdiam diiri apabila akaun milik UMNO dan Barisan Nasional disita.
Shahrir turut mencela DAP kerana berdiam diri terhadap beberapa fakta yang menyebabkan Najib tidak mendapat keadilan sewajarnya.
“Kecerdikan pun boleh terhindar oleh prejudis. Bila perbicaraan Lim Guan Eng dan geng dibatalkan oleh Tommy Thomas, tidak pula pemimpin DAP yang ‘cerdik’ menyatakan ianya suatu yang luar dari biasa.
“Apabila berpuluh akaun milik entiti UMNO dan BN disita tapi akhirnya tindakan Kerajaan PH 1.0 itu sebenarnya diluar undang-undang, orang cerdik macam Ong Kian Meng tidak berbunyi sepatah pun.
“Apabila perbicaraan Datuk Seri Najib jelas disusun bagaikan skrip sandiwara dari pemilihan hakim, pendakwa raya swasta dan hakim-hakim besar yang dilantik tidak patuh pada undang-undang negara serta penolakan bukti baru dan peguambela baru, kecerdikan itu disimpan dan tidak menyerlah sangat,” kata Shahrir.
Media semalam melaporkan, Kian Ming itu memberi peringatan ada batasan yang tidak boleh dilanggar Kerajaan Perpaduan.
Dia berkata, antaranya termasuk pembebasan bekas perdana menteri Najib sebelum hukuman penjaranya tamat.
“Saya rasa untuk akar umbi dan mungkin juga pemimpin DAP, ‘red line’ itu adalah pembebasan Bossku,” katanya merujuk kepada nama gelaran Najib.
Dia berkata demikian ketika menjawab soalan yang diutarakan bekas pemimpin UMNO, Shahril Hamdan dan Khairy Jamaluddin dalam podcast ‘Keluar Sekejar’ yang disiarkan di Youtube.-MalaysiaGazette
Sudah tiba masa rakyat main peranan BESAR menghalang tangan² durjana yg memperkotak-katik kan sistem perundangan negara sehingga tercemar akibat kerakusan kuasa dan tamak..jika tiada tindakan segera nescaya negara akan jd x stabil dan rakyat akan terus menderita tanpa pembelaan sepatutnya.
Dah tau banyak kerosakan yang engkau berkawan tu buat apa? Dikatakan berbondong2 akar umbi UMNO yang akan menyokong gelombang hijau dalam PRU akan datang.
Sama2 saksikan…