KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki memberi pesanan kepada pelakon Alya Iman yang kini kembali mendedahkan aurat adalah sifat hipokrit.
Ahmad Dusuki atau nama sebenarnya, Ahmad Dusuki Abdul Ran turut mempersoalkan kenapa Alya tidak mahu menjadi hipokrit sedangkan menjadi mayat akan ditutup aurat untuk mengadap Allah.
“Membuka dan mendedahkan aurat itulah manusia yang hipokrit. Mengapa saat kalian ke kubur atau ke mahkamah syariah kalian menutup aurat?
Ahmad Dusuki menambah, sepatutnya, bulan Ramadan lalu menjadikan seseorang lebih baik bulan berikutnya namun lain yang terjadi buat segelintir wanita.
“Tidakkah Ramadan sepatutnya menjadikan kalian menjadi mukmin bukannya manusia munafik? Tidak ada belaskah dalam dada kalian terhadap arwah ayah kalian yangg soleh itu sehingga sanggup melakukan dosa besar sebegini.
“Sampaikan salam kepada sesiapa sahaja yang terkejar-kejar glamor dunia ini. Katakan kepada mereka, malaikat maut sedang mengejar!” tulis Ahmad Dusuki lagi.
Sebelum ini, dunia seni tanah air dikejutkan dengan pendedahan anak kepada legenda seni tanah air, Allahyarham Azmil Mustapha yang mengaku tidak lagi bertudung pada 1 Syawal lalu.