Rakaman CCTV masjid menunjukkan suspek sedang mengumpil besi untuk melarikan duit tabung masjid dalam kejadian di Petaling Jaya.- Gambar ihsan IPD PJ.

PETALING JAYA – Polis sedang memburu orang suspek lelaki yang disyaki mencuri dan melarikan duit tabung  sebuah masjid dalam di SS7, Kelana Jaya Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang petugas masjid tersebut pukul 7.30 pagi.

“Semasa kejadian, pengadu mendapati tabung masjid yang berada di pekarangan masjid telah tiada ketika dia bersama jemaah selesai menunaikan solat Subuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohamad Fakhrudin, pengadu telah membuat semakan pada rakaman kamera litar tertutup masjid sebelum terkejut apabila mendapati tiga suspek lelaki telah masuk ke dalam kawasan masjid.

“Suspek menggunakan pemotong besi dan melarikan tabung masjid tersebut dengan anggaran kerugian yang dialami oleh masjid tersebut adalah berjumlah RM400,” katanya.

Kes telah disiasat bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.

Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan sebarang perlakuan jenayah boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast