Khalid Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Selepas bertemu dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi menandatangani ‘Proklamasi Orang Melayu’, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memberikan justifikasi baharu kenapa beliau melakukan kerjasama dengan bekas musuh ketatnya itu.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abd. Samad berkata, Rasullullah SAW memulakan perjuangan Islam walaupun untuk seluruh manusia denga tonggaknya pada bangsa dan kaumnya.

Bagaimanapun, katanya, Pas membawa dasar dan pendekatan baharu dalam gerakannya apabila menjadikan bangsa sebagai tapak perjuangannya, bukan lagi Islam.

“Ini bermakna, dasar dan pendekatan Islam yang syumul dan lengkap, yang dibina atas kekuatan Aqidah tanpa melihat pada bangsa dan keturunan, bukan lagi menjadi pendekatan PAS sebagaimana dibawa dalam perjuangannya sebelum ini.

“Adakah terselit juga dalam kenyataan tersebut satu pengakuan bahawa penubuhan Pas itu sendiri adalah tersilap apabila keluar dari UMNO pada tahun 50-an dahulu?” soal beliau menerusi kenyataannya hari ini.

Semalam, Pas diketuai Abdul Hadi dan rombongan pimpinan pusat mengadakan pertemuan dengan Dr. Mahathir, konon bagi menandatangani ‘Proklamasi Orang Melayu’.

Abdul Hadi dalam kenyataannya menyifatkan, perjuangan yang memerlukan tonggak bangsa, baru ada kekuatan, kalau tidak, tidak ada kekuatan.

Beliau dilaporkan berkata, Pas bukan fanatik kaum, tetapi itu adalah asas.

Menurut Khalid, bagi memberikan justifikasi kepada kenyataan itu, Abdul Hadi telah membuat tulisan panjang mengenainya hari ini.

Namun, katanya, sepanjang mana sekalipun tulisannya ia tidak boleh menutup hakikat bahawa pemahaman terhadap perjuangan Rasulullah SAW hendak diberikan takrifan baharu semata-mata atas pendekatan baharu yang ingin dibawanya.

Ujar beliau lagi, Islam ditafsirkan mengikut nafsu dan kepentingan politik dan inilah sebabnya perjuangan Pas perlu ditolak.

“Kesimpulan saya perjuangan yang dibawa oleh Hadi dan Pas sekarang terus berubah dan jauh lari dari perjuangan yang saya dan rakan fahami serta sokong dahulu.

“Kalau dahulu kami menjadikan ‘Menggempur Pemikiran Assobiyyah’ sebagai tema muktamar tetapi kini sudah tentu pemahaman ini sudah dibuang ke laut.

“Abdul Hadi sendiri nampaknya menyangkal segala asas yang telah disepakati oleh Tok Guru Nik Aziz dan ustaz Fadzil Nor sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, perjuangan berpaksikan aqidah dan akhlak sekarang ini ingin dikaitkan dengan kaum dan bangsa, sedangkan ramai para sahabat Ar-Rasul bukan dari bangsa Arab dan kaum Quraisy.

“Ingat lagi atau tidak Hadi kepada mereka, seperti Bilal Al-Habsyi, Salman Al-Farsi, Syuib Al-Rumi sebagai contoh?

“Patutlah ada ‘ulama’ mereka yang memutar-belit hadis sehingga mengisytiharkan Bani Taa Mim sebagai Bani Tanah Melayu!

“Kalau ingin mengubah hala tuju dan asas perjuangan sekalipun, janganlah cuba ubah ajaran dan sejarah islam itu sendiri,” ujar beliau.

Namun, kata Khalid, mungkin benar apa yang dikatakan oleh budak-budak netizen, Pas kini mencari sumber kewangan baharu untuk membiayai partinya selepas akaun Parti Bersatu dibeku. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. JANGAN BUAT BODOH DAN LUPA …..PMX ANWAR MUNAFIK JUARA TUMBANG KERAAAN dengan demotrasi JALANAN…tubuh parti keadilan untuk susuk tubuhnya …
    GERAK KERJA utk tarik sokongan 40 mp SABAH SARAWAK era TUN ABDULLAH…sentiasa meratib TIADA KEABSAHAN dan GAGAL GAGAL
    GILA BABI dengan NOMBOR EKOR majoriti jadi PM

    DAPIGS P akatan H ancing juga meroyan tidak akan kerjasama dengan umno PERASUAH PENYAMUN….akhirnya berselingkuh dalam jubur umno…P akatan di LUAR TABIE…..

    .ANWAR dihantui dengan nombor EKOR MAJORITI yg dcipta sendiri…..kifarah golongan MUNAFIK

    anwar MUNAFIK ini juga menagih simpati TGHH dan PAS semasa KES LIWAT SATU DAN DUA…selepas diampunkan sanggup menghina mereka yang pernah membantunya hingga sekarang

  2. Demokrasi bukanlah satu proses hanya untuk PRU dalam tempoh 5 tahun sahaja sebaliknya ianya bergerak setiap detik dan ketika.

    Kepada PN, kalau dah cukup korum 126 dsb majoriti rakyat teramai sangat mengalu2kan supaya kerajaan hancing sekarang ditumbangkan dengan segera. Jangan bimbang dan gusar ianya suatu proses demokrasi yang perlu diraikan.

Comments are closed.