KUALA LUMPUR – Salah seorang anak kepada Allahyarham Ridzuan Hashim terkilan kerana akan melangsungkan perkahwinan tanpa kehadiran ayahnya.
Muhammad Dhanial akan bernikah 20 Mei ini, kata ibunya, Didie Alias.
Pelakon yang juga bekas isteri Ridzuan itu berkata, ia membuatkan mereka sangat sedih, katanya Harian Metro.
Perancangan awal, Ridzuan dikatakan akan menemani anak lelakinya ke majlis pernikahan di Tawau, Sabah.
“Dhanial pun dah siapkan tiket penerbangan dan baju untuk ayahnya. Memang dia anak lelaki yang rapat dengan ayahnya. Memang ada rasa ralat sedikit sebab tak dapat raikan hari bahagia dengan ayahnya,” kata Didie.
Didie bagaimanapun bersyukur kerana keluarganya berkesempatan berkumpul semula dan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama.
“Selepas lebih 20 tahun, kami disatukan semula dalam keluarga. Walaupun dia bekas suami saya, tapi kami beraya bersama dan saya bawa dia balik ke kampung mentua saya.
“Kami dalam keluarga panggilnya ‘baby’ sebab kami menjaganya seperti anak kecil.
“Dia memang sangat penyayang dengan anak-anaknya. Saya rasa gembira sangat kerana dua tiga tahun kebelakangan ini, kami dapat bersatu semula dan macam satu keluarga yang bahagia,” katanya.
Didie mendirikan rumah tangga dengan Ridzuan pada 1991 dan bercerai pada 2002.
Perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata.
Ridzuan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 1.57 tengah hari tadi, dipercayai akibat serangan jantung. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Ridzuan selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua