KUALA LUMPUR- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$114.4 bilion setakat 28 April 2023.
“Kedudukan rizab itu cukup untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali ganda hutang luar jangka pendek,” kata BNM dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab matawang asing (AS$101.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (AS$5.8 bilion), emas (AS$2.5 bilion) dan rizab aset-aset lain (AS$2.8 bilion).- MalaysiaGazette