Seorang lelaki terbabit dalam kemalangan apabila keerta jenis Perodua Alza terbabas di Plaza Tol Bandar Sernia di Kilometer 35 di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki terbabit dalam kemalangan apabila kenderaannya terbabas di Plaza Tol Bandar Sernia di Kilometer 35 di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 10.17 pagi.

Katanya, sebaik menerima panggilan sepasukan anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA dikejarkan ke lokasi.

“Menurut komander operasi, apabila tiba di lokasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Alza telah melanggar tiang plaza tol.

“Mangsa berusia 28 tahun berbangsa Cina ditemui tersepit dan telah berjaya dibawa keluar oleh pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) hadir ke lokasi untuk diperiksa – MalaysiaGazette