Masalah dagu berlapis biasanya dikaitkan dengan kegemukan.

KUALA LUMPUR – Sepanjang Ramadan lalu, pasti ada yang perasan tubuh fizikal mereka mengalami perubahan sama ada perut sedikit kempis atau muka agak runcing terutamanya di penghujung bulan mulia itu.

Namun memasuki pertengahan Syawal ini, ramai yang mula risau kerana seluar mula kembali ketat dan wajah semakin kembang akibat dagu berlapis gara-gara tidak menjaga pemakanan kerana sering mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri.

Bagi mereka yang risau kerana dagu berlapis, pemakanan merupakan faktor yang menyebabkan masalah lemak berlebihan di bawah dagu.

Menurut seorang doktor estetik, Dr Aidil Azry Mokhtar, ini kerana akibat tidak menjaga pemakanan hingga menyebabkan obesiti yang membolehkan lemak tepu mudah berkumpul bawah lapisan kulit di dagu.

Namun jelas beliau, faktor lain yang turut menyumbangkan gejala itu adalah penuaan di mana semakin berumur seseorang itu menyebabkan kandungan kolagennya semakin berkurang.

Pengasas Klinik Idealyst itu menjelaskan, ini akan menyebabkan kulit di bawah kawasan dagu semakin kendur akibat kesan graviti.

“Faktor lain juga disebabkan metabolisme seseorang yang rendah disebabkan umur makin meningkat di mana ia senang berkumpul apatah lagi sekiranya individu itu tidak mengamalkan cara hidup sihat.

“Pada masa sama, faktor dagu kecil yang bermaksud ia tidak cukup panjang dan runcing akan turut menyebabkan mudah berlaku lebihan lemak di bawah dagu jika dilahir dengan struktur tulang dagu lebih kecil daripada saiz tulang normal,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini.

Aidil menambah, apabila timbul masalah ini, ramai individu terutamanya wanita mula runsing sehingga ada yang sanggup menjalani pelbagai kaedah rawatan yang tidak murah harganya.

Kata beliau, ketika ini terdapat pelbagai teknologi sesuai yang boleh dicuba untuk mendapatkan bentuk wajah idaman.

Terdapat banyak teknologi baharu di Klinik Idealyst yang boleh dicuba untuk mendapatkan bentuk wajah idaman seperti menghilang lemak di bahagian dagu.

Menurutnya, antara rawatan yang popular adalah mesin radio frekuensi dan ultrasound di mana teknologi terbaharu itu digunakan untuk membantu untuk memecah sel-sel lemak tepu dan seterusnya membunuh sel itu di bahagian bawah dagu.

“Apabila lemak itu dihapuskan, lemak baharu susah hendak tumbuh di mana konsep rawatan turut mencegah kerana ia juga berfungsi menegangkan kulit yang kendur.

“Kekerapan mesin ini boleh digunakan seminggu sekali, sebulan dua kali atau tiga bulan sekali bergantung kepada jenis jenama mesin yang terdapat banyak di pasaran,” katanya.

Aidil memberitahu, rawatan kedua yang turut mendapat permintaan tinggi adalah teknologi menggunakan suntikan ubat pencair lemak atau mesolipo di kawasan lemak terlibat.

Jelas beliau, rawatan ini lebih mudah kerana krim kebas disapu dan dibiarkan selamat 15 mint sebelum sebanyak 10 hingga 20 disuntik di kawasan terlibat yang boleh diulang purata antara tiga hingga lima sesi.

“Untuk rawatan mesin ini, bagi mereka yang tidak berdepan masalah dagu berlapis yang teruk, kesannya dapat dilihat selepas satu sesi.

“Malah rawatan mesin radio frekuensi dan ultrasound serta mesilipo boleh digabungkan untuk mendapat keputusan yang lebih efisien dengan mengurangkan sesi rawatan,” katanya.

Aidil memberitahu, rawatan esetik tanpa bedah juga boleh digunakan untuk menghilangkan lapisan di bawah dagu dengan menggunakan benang bergigi atau sebaliknya.

“Pada masa sama, pembedahan laser lipolysis juga menjadi alternatif di mana laser digunakan untuk membakar lemak dengan memasukan tiub di kulit bahagian dalam bawah dagu.

“Bagi yang berminat mengetahui rawatan lebih lanjut, mereka boleh berkunjung di Klinik Idealyst kerana kami memiliki doktor yang bertauliah, selain perkhidmatan berkualiti dan harga rawat mampu milik,” katanya yang memiliki cawangan di KL Trillion, Jalan Tun Razak dan Damansara Perdana serta Bukit Jelutong. – MalaysiaGazette

Pengasas Klinik Idealyst, Dr Aidil Azry Mokhtar.